~Pengalaman Interview Kerja~

Bermula Mac tahun ni, kitorang start stay kat KL..start tu jugak bermulanya pencarian kerja. Cari kerja senang tapi nak dapat kerja tu kena attend interview la dulu. Dah dapat kerja tu, macam2 hal pulak yang jadi. Sesungguhnya Allah sayang kitorang la tu pasal kasi banyak ujian. Saya nak share pengalaman pi interview, yang mana kebanyakkannya terpaksa direject bila dah dapat..adui..



Mac 2015
- Dapat interview sbg pengendali tuition center, mmg plan nak cari kerja mengajar tuisyen jer sbb senang nak spend masa dgn si kecik waktu siang. Malam Abi dia yang jaga. So pada hari kejadian, pi la interview dgn Encek Husband pasal interview tu buat pada weekend. Time sampai, rupanya cuma saya sorang jer candidate yg dipanggil utk interview. Interview pun x macam interview, borak2 sikit dlm English + BM, terus dapat kerja. Soalan biasa2 jer, tell me about urself, why u choose this job, ideas on improving the center..bla2..Tp bab gaji yg xbest, xsampai RM2k pun. Bukan demand tp at this age with a bit experience, im expecting salary around RM2.5k and above. Hihi..so balik rumah, diskas dgn husband kata nak tolak kerja tu. Jadi, konfirm la xjadi kerja di Setapak :(


April 2015 
- Dapat pulak interview sbg Admin Exec cum Tutor kat tuition center di PJ. Pun sama, pi interview dan borak2 sikit, dapat kerja. Bos adalah seorang amoi yg sgt baek dan penyayang, saya pun dah start sayang kat bos baek tu. Gaji RM2.5k, lepas interview diorang kata akan call jika dapat. Keesokkan harinya, dapat call dari tuition center kata saya dapat kerja. Minggu dapan start kerja, kena amek offer letter dan sign kontrak. Diskas dgn Encek Husband..decide amek kerja tu. Tapi cuma bertahan kerja selama 3 hari jer. Sumer gara2 parking. Kerja habis jam 10malam, sampai umah dalam 11.30mlm. Car park dah full, terpaksa parking kat blok sebelah. Esok pg time nak pi kerja, tengok2 tayar dah kena clamp, terbang RM50 utk bayar fee bukak clamp. Esok malamnya pulak, full lg car park. Terpaksa call husband utk tolak kete bagi dapat parking space. Lusanya pulak, jam 12mlm baru dapat parking..penat tiap2 mlm layan parking jer, inform bos nak resign. Bos pulak baek, dia pulak suruh pindah cari rumah kat PJ. Tp nak cari rumah bukan senang bos, so bos kata dia try call candidate yg pernah dtg interview aritu, nak kerja x. Pada hari ke4 bos kata xyah kejela sbb candidate tu setuju nak kerja, tp kena dtg center utk amek gaji, bos siap bayar gaji utk 3 hari tu. Walhal ikut kontrak saya yg kena bayar, tp mmg salute la bos baek tu. Sedeh nak berpisah..sob..sob..xder rezeki lg


Mei 2015 
- Balik kg, suami attachment sebulan kat kg. So sebulan tu mmg x apply kerja dan xder attend interview.


Jun 2015
- Bulan ni ada 3 interview. Kali ni tanak cari kerja malam dah, penat cari parking jer nnt. Nak cari fulltime job ikut office hour. Plan kali ni samada keja sales atau guru. Nak kerja sales utk longterm goal pasal plan nak ada bisnes sendiri bila dah tua. Tanak kerja sampai mati. Nak jd cikgu pasal saya suka mengajar. Tp kalau guru swasta ni gaji xder la tinggi mana, tu yg xbest kecuali kalau dpt international school, tp nak dapat international school susah kalau degree bukan dlm education. So, try jer la apply mana yang ada.

First interview sbg Personal Banker RHB, pi interview di KL, sepatutnya 3 orang tp cuma saya sorang jer yang datang. Time interview fully English tp kadang2 diorang borak dalam Malay. Interviewer 3 org tp lebih kepada borak pun ada, sampai 2 jam duduk kat dlm bilik tu. Soalan mencabar jugak sbb kena citer start dari abes SPM sampai skrg. Pastu interviewer sajer nak psiko, nasib saya cool..eheh..Sebelum balik, interviewer kata saya dapat kerja tu tp kena tunggu HR call dulu, dlm sebulan jugak tunggunya. Akhir bulan Jun baru dapat call dari HR gtau saya dapat kerja tu.



Second interview sbg Sales Specialist. Dgr pada nama dan background company mmg gah, siap ada cawangan kat Hong Kong, Thailand, China bagai. Tp time sampai opis, bangunan kecik dgn tempat yang xstrategik langsung. Punya ramai candidate dtg dlm 12 org dan most of them are Chinese, siap ada foreigner lg. Kebanyakan yang datang dah entitle as manager, high expectation sbb gaji yang di offer pun sangatla tinggi. Tapi bila sampai situ baru tau, the job is commission-based. So, half of the candidate decide tuk balik termasukla saya. Taknak buang masa nak dengar explanation dah.  

Third interview was as a lecturer kat Sepang tp saya berat hati nak pi interview ni pasal saya malas dah nak sambung belajar. Kalau tak sambung belajar mmg sampai tua la x naek pangkat . Tp tepu dah otak rasanya nak belajar, jadi persediaan nak interview tu mmg kurangla. Pastu time nak pi interview tu, boleh pulak sesat kat KL. Nampak sgt macam xder rezeki kat situ. Interview sepatutnya jam 10pg tp 9.30pg still kat KL lg. So call diorang kata xdtg utk interview. The end di situ.


Julai 2015 
- Decide nak kerja sbg Personal Banker, tp bila check internet, baru tau hukum jual insurans konvensional tu rupanya haram. Time tu xrasa berat hati lg sbb bila tanya Sales Manager, dia kata jgn guna duit komisyen dan repent to Allah. Jadi xmakan duit haram. Oh..lupa gitau, gaji RM2.3k + komisyen. Komisyen based on insurans yg dijual (0.08 x RM100). Tapi suami xpuas hati, beliau pi tanya ustaz2 yg dia kenal. Siap tanya Ustaz Nazmi Karim yg glemer tu lg. Semua jawab haram dan baek jauhkan. Paling best, sorang ustaz ni siap gitau camni 'kejarlah akhirat sekuat2nya, pasti dunia datang sendiri'. 




Jadi keputusannya skrg, kitorang decide nak tolak kerja tu tp saya xinform lg Sales Manager. Lapor diri should be on 6/7 kat Bangi tp kitorang lg takut murka Allah. 3 bulan dah cari kerja dan hasilnya masih negatif, tp xper. Jangan putus asa, pasti Allah tunjuk jalan. Walaupun saya lagi suka duk kat Terengganu dari duk sini tp rasanya happy jugak duk sini pasal bnyk benda baru kitorang buat sama2. Thanks Encek Husband sbb jadi suami terbaek dan Abi terlembut kitorang..wink..

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

~Kek Coklat Kukus Paling Senang~