Tuesday, 23 January 2018

Segmen Blogwalking by MissKepeng


Selamat petang.
Harini nak join segmen blogwalking yang dianjurkan oleh Miss Kepeng. Since blog kami ni pun lebih kurang sama macam blog Miss Kepeng (ramai followers dah tak aktif), makanya elok benarlah kita join segmen BW untuk menaikkan balik pageview. 

Kat bawah adalah syarat untuk join segmen blogwalking by Miss Kepeng:


1. Mestilah kena FOLLOW blog penganjur ni, hihihi (tak malu betul,nanti kepeng follow korang balik) - done

2. Buat entry yang bertajuk " Segmen Blogwalking by Miss Kepeng " - done

3. Copy Paste Banner atas ni dan back linkkan ke entry segmen ni - done

4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tahu - done

5. Publish dan letakkan link entry korang di ruangan komen entry segmen ini - done


So marilah kita meramaikan segmen ni sebelum tamat pada 5 Februari nanti.
Untuk point No.4 saya minta maaf kalau kawan blogger tak suka saya tag. Inform saya kalau nak remove tag ye. Terima kasih Puan Azah, Puan Farah dan Puan Masita. Mohle kite join reramai :)

Monday, 22 January 2018

Pencarian Bloglist 2018 By Azah Rahaman

First segmen yang kami join tahun ni setelah 3 tahun berehat dari dunia blogging. Makanya untuk menaikkan balik pageview, marilah kita sertai segmen para blogger kita.

Okey, ini adalah segmen yang dibuat oleh Puan Azah, empunya blog pinkish yang happening. Kalau nak join, silalah blogwalking ke Pencarian Bloglist 2018 by Azah Rahaman ni ye. Thanks Puan Azah.


Nestum Malaysia Contest

Alhamdulillah tahun 2018 bermula dengan gilang gemilang sebab bulan Januari ini sahaja kami dah menang 3 peraduan. Tahun lepas cuma menang 2 peraduan overall tapi tahun ni lebih bernasib baiklah rasanya. 

Thanks Nestum

Sebenarnya pemenang dipilih tahun lepas lagi tapi hadiahnya tahun ni baru sampai. Voucher RM50 Giant untuk dihabiskan. Makanya kami terus beli barang mentah untuk buat pizza dan dah berjaya kami tebus voucher ni kat Giant. Kalau nak join contest boleh like facebook page Nestum Malaysia. Rasanya masih ada on-going contest di page.

Watson Malaysia Contest

Alhamdulillah menang voucher dari Watson. Walaupun cuma RM50 tapi yang penting kami boleh amek barang free kat Watson. Yahoo..untuk yang nak join contest Watson, boleh pergi ke facebook page Watson Malaysia dan like page. Rugi tak follow tau sebab Watson antara yang paling banyak buat contest mudah dan murah. So apa tunggu lagi? Like lah cepat..

Boleh ambil lipstik seketul ni

Fitti Malaysia Contest

Alhamdulillah semalam dapat hadiah daripada Fitti Malaysia sebab menang contest hasil daripada join dalam facebook haritu. Tak sangka pun menang sebab Fitti takde umum apa-apa di facebook page, tiba-tiba aje abang PosLaju hantar barang.

Yahoo
Sebelum ni ada plan nak beli bekas untuk bento Auni sebab tahun depan dah nak hantar Auni ke sekolah, cadangnya mak dah kena start belajar buat bento. Eh tiba-tiba Fitti kasi bekas bento ni dah tak payah fikir nak beli lah. Dapat satu set tupperware sekali dengan beg Fitti lagi.

Comei jer beg dengan tupperware ni
Alhamdulillah murah rezeki. Selain tu bulan ni menang voucher jugak dari Watson dan Nestum. Buatlah lagi contest, boleh kami menang banyak-banyak..ngeee

Wednesday, 20 December 2017

Japanese Village ~ Colmar Tropicale


Dalam shutter bus nak ke JV 
Kami dah sampai di JV, tapi baru tau kena naik 88 anak tangga untuk sampai ke perkampungan itu. Disebabkan tak larat nak angkut stroler baby naik tangga, jadi kami dengan gamble nya tinggalkan stroller kat bawah dah menapak naik tangga dukung baby. Suami pegang kejap baby dah merengek. Bila emak yang pegang baby terus diam. Makanya terpaksalah emak mengalah dukung baby all the way naik tangga..sigh..

Penat berjalan sambil bawak baby 5 kilo
Akhirnya kami sampai di JV. View superb dan cuaca sejuk nyaman jer. Tenang perasaan sebab tempat ini penuh kehijauan pokok ditambah dengan udara sejuk bersih atas bukit.

Baru sampai, jom rehat dulu..

Di pintu masuk
Cantek tak view belakang saya?
Hold my hand please
Moshi moshi

Rest jap ye baby

Ikan please come here

Since kami nak balik ikut trip shutter bus jam 2 ptg, so jam 12.30tghr tu kami dah decide nak turun. Lagipun dah penat berjalan, padahal ada lagi tempat yang kami belum pergi. Rasanya Botanical Garden kami skip..

Kakak tak sabar nak balik..dah penat

Mini tangga Batu Caves :P
Luckily, stroler yang kami tinggal kat bawah sebelum ni masih ada. Alhamdulillah..jom check in hotel.

Monday, 18 December 2017

Colmar Tropicale ~ Lulus Berpantang 100 Hari

14/12/17 - Genap saya habis berpantang 100 hari.

Kebetulan hari tu suami ambil cuti dan esok hari Jumaat, so suami ajak pergi bercuti untuk meraikan hari ke-100 habis berpantang. Suami kata dia tak pernah ke Bukit Tinggi, saya pun sama. Jadi gugel punya gugel, suami pun book hotel di Colmar Tropicale untuk semalam.

Maka bermulalah cuti kami di Bukit Tinggi, bersama dengan 2budak kecil tapi yang paling kecil ni umur baru 100 hari. Haha..

Kakak dah penat, singgah solat Subuh dulu

Jam 5 pagi kami bertolak dari Bukit Payung. Berhenti sekejap di Hentian Sebelah Kijal untuk solat Subuh dan berhenti pulak di R&R Temerloh untuk breakfast. Sempat tapau nasi putih dengan lauk ikan patin masak tempoyak untuk makan tengahari nanti.

Christmas Tree
Finally we are here!
They are welcoming us :P

Ambil gambar atas menara dulu..

Kami sampai di Colmar Tropicale jam 11 pagi tapi masih terlalu awal untuk check in hotel. So kami bergambar dulu di sekitar Colmar sampai rasa dah bosan tak tau nak buat apa. Disebabkan check in bilik hanya jam 3 petang onwards dan kami dah habis pusing Colmar (btw tempat ni kecik je), so kami decide nak ikut tour ke Japanese Village naik shutter bus.
Baby was here

Welcome to Colmar everyone..

Auni tengah praktis dancing 

Next trip ke Japanese Village dengan shutter bus adalah jam 12.45 tghr. Lagipun cuaca agak panas di Colmar untuk bergambar, so kami join another group ke Japanese Village.

Balik dari JV, kami check in dan rehat. Petang kami just stay dalam bilik untuk mandi, solat, makan dan rehat. Luckily kami dah tapau lunch di R&R tadi..so just makan dalam bilik. Seronok dapat makan ikan patin masak tempoyak tapau tu.

Aktiviti malam pula, kami bergambar di sekitar Colmar lagi dan plan nak tengok performance yang akan diadakan jam 9.30malam nanti. Jadi kami turun pukul 7 malam dan plan pergi makan dulu sebelum tengok persembahan.

Catch me if u can

Lets baby shark
Suasana senja di Colmar Tropicale

Makan di La Flemme sebab kami nak makan pizza. Kat sini kedai takde masakan panas, kebanyakan makanan western macam burger, spagetti, dan roti. Harga makanan pun ya ampun mahal la jugak. Sebijik burger je dah RM25 dengan harga sos RM6..haha. Malam tu just order pizza dan chicken wing sajer.

Dinner dulu

Habis makan, akhirnya keluarlah penari untuk persembahan malam tu. Cepat2 saya ajak suami pergi ambil gambar dan lari dari situ. Taknak tanggung dosa oi..penat2 buat amal jariah sekali tengok pakaian penari..habis semua hilang..haha

Tengah tunggu persembahan

Persembahan pun bermula..tapi..  

Malam di Colmar Tropicale

Tempat kegeraman Auni

Last dah abes ronda malam tu kami balik bilik jam 10 malam. Jam 11 malam semua dah lena, penat sangat.

Aktiviti esok pagi start awal jam 7 pagi kami semua dah bersiap nak breakfast..takut lambat start aktiviti, lambat check out pulak. Since dapat free breakfast, maka melantaklah kami di cafe dengan pilihan makanan yang heaven sangat. Tengah sedap makan tu, boleh pulak perut ni tiba-tiba meragam. Maka bergegaslah saya ke toilet yang ada di cafe tu. Tapi elok masuk nak tutup pintu, baru perasan bidet aka paip air xdak. Takde bidet camner nak jirus ni mak ai? Haha..

Terpaksalah saya bergegas keluar pergi cari toilet yang ada bidet. Bila dah settle melabur, balik cafe rupanya air kopi yang tak dan nak minum tadi dah kena ambil ngan waiter. Dia ingat kita buat air tu sesaje tanak minum kot..hurmm..tak lalu dah nak breakfast, kami pun sambung melawat kawasan lagi.

Kali ni pergi swimming pool pasal Auni dan bapaknya nak mandi..

Auni tanak turun..takut..

Sejuknya..

Pool di Colmar Tropicale

Lepas mandi pool, kami balik kebilik dan bersiap untuk check out. Dalam jam 11pagi kami selamat check out tapi still ronda-ronda last di Colmar sebelum ke next destination Animal Park.

View dekat tasik

Swan pun nak bergambar jugak

See you again Colmar Tropicale. Hopefully will come again to visit you tapi jangan cas mahal tau. Haha..we enjoyed our holiday so much!

Till we meet again ya

Buhbye Colmar..see you again..isk..isk..

Segmen Blogwalking by MissKepeng