Saturday, 26 July 2014

Dapat Offer Jadi Group Leader..Wah..

Rezeki Ramadhan lg, Alhamdulillah..

Baru minggu lepas dpt offer sambung mengajar tuisyen lepas raya..minggu ni dapat pulak offer untuk jadi leader dlm group jualbeli emas.. 
Alhamdulillah..Alhamdulillah, sungguh rezeki Allah tu dtg dlm bentuk yg tak disangka2.


Baru jer lg terlibat dgn jualbeli emas ni akhir bulan tahun lepas..ilmu pun kosong, boleh dikatakan newbie sesgt..tp mungkin sbb dah rezeki, dapat offer jd leader. Sifu pulak org lama yg dah bnyk pengalaman dlm emas, x kedekut ilmu..senang nak berurusan. In shaa Allah lepas ni akan share bnyk ilmu ttg emas dan pelaburan. Mana tau kot lepas ni ada yg berminat nak terlibat dgn emas pulak.



Oh..masa kami join tahun lepas start dgn RM15k cash..skrg emas dah membiak dekat 300g. In shaa Allah akhir tahun ni cash di bank akan mencecah RM40k..untung simpan emas..emas dapat, cash pun dapat :)

Wednesday, 23 July 2014

Hadiah RM10..wink..wink..

Alhamdulillah..

Hihi..rupanyer dah jd pemenang GA dari Puan Hafizah, dapat hadiah RM10. Walaupun nilai tak besar tp excitement tu yg best tu..ter excited lebih2. Biasalah kan, semua org suka hadiah..huhu. Tp duit ni akan disimpan dlm tabung infaq, senang nak menderma nnt. Tabung infaq tu tabung syiling ke? Bukanlah..

Tabung husband, sekali pecah dapatlah RM80..masyukk

Buat akaun bank yg boleh akses online, mcm maybank2u ke, cimb klik ke tp yg jarang kita guna..kira akaun ke2 lah ni. Pastu simpanlah duit sikit dlm tu. Bila kita rasa nak menderma, sambil update blog..pun boleh menderma. Ha..tu lah tabung infaq! Simpanlah dlm seratus ke dua ratus dan jgn usik duit tu kecuali untuk tujuan infak dan kalau sgt2 terdesak (means time poket kering :P). Apalah sgt derma RM10, RM20 tu kalau nak compare dgn rezeki yg Allah dah kasi kat kita selama ni..ye dak? Lgpun dlm rezeki kita, ada bahagian org lain. Duit yg kita sedekah tu adalah sebenar-benar harta kita, yg ada kat tgn ni..belum tentu jd hak kita. 

So, dah boleh buat tabung infaq sorang satu lepas ni. Pastu jgn lupa transfer masuk ke Aman Palestin. Semoga Islam Palestin menang..ameenn..

Wednesday, 16 July 2014

Resepi Sos Steambot

Cerita semalam, 
Tak tau nak masak apa untuk bukak puasa..tetiba dtg idea nak buat steambot. Terus suruh suami beli bahan untuk masak. Sebelum ni buat sos biasanya kurang kick..tp sos semalam mmg sedap. So, nak simpan dlm blog, kot nnt nak buat lg, tau mana nak refer :)







Resepi Sos Steambot

1 sk pes tomyam
2 tangkai cili api merah
2 ulas bawang putih
2 sk minyak bijan
1 sk sos tiram
1 sk kicap manis
1/2 sk sunquick
3 sb air masak
Daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa 

Cara masak: Blend cili api dan bawang putih kemudian masak bersama semua bahan di atas kecuali daun ketumbar. Bila dah pekat, hidang dgn letak daun ketumbar..senang kan?





Jemput makan semua..oh, lupa! Resepi kat atas suami bawak balik dari opis..print dari internet tp xpasti sumber mana. Tp sy dah alter sikit resepi tu, kredit kat tuan punya resepi asal yer :)

Wednesday, 9 July 2014

Boikot Barangan Israel!

Ma shaa Allah, dlm kita best2 tgk bola..umat Islam di Palestin berdepan dengan hujan peluru..sedeh sgt. Rasa tak boleh nak bukak facebook tgk gambar2 sahabat Islam kat sana yg berdarah muka, anak2 kecil menangis, meratap..golongan lemah yg syahid..Allahurabi :(


Banyak fikir dlm hati, apa yg aku boleh tolong utk bantu mereka..rasa berdoa sahaja macam tak cukup, sbb golongan perampas tu masih lg bebas membedil sana sini. Hairan bila PBB yg kononnya gah suarakan hak asasi manusia still membisu macam mata dah buta, telinga dah pekak. Mr Jib selaku PM Malaysia pun takde usul pun nak bantu kaum Islam kat sana walhal bila cakap isu agama bukan main kuat dan lantang sekali. Cuma badan NGO macam Aman Palestin yg berterusan mengumpul dana untuk Umat Islam Palestin. Kenapa negara Islam yg mengaku bertuhankan Allah, tak rasa untuk bantu saudara seIslam yg lain? Hairan..




Mungkin kita masih boleh bantu mereka dgn cara boikot barangan keluaran Yahudi, kat bawah beberapa barangan yg kita dah boleh start boikot..semoga usaha murni kita ni dapat bantu saudara seIslam kita.


  1. Boikot McDonald! Makanan beracun dan senjata utama utk bunuh manusia..taip jer kat google, konfirm macam2 fakta pasal McD yg akan kita ketahui..
  2. Jgn beli dan minum air Coca Cola. Bahaya sgt Coca Cola bukan sahaja disebabkan kandungan gula yg bnyk, malah ia berupaya menghakis tulang manusia. Tak percaya? Sila tuang Coke dlm pinggan dan letak tulang ikan dlm air tersebut..cuba tgk apa jd lepas dua hari..
  3. Ganti Milo dengan minuman coklat malt yg lain..kitorang tukar pada coklat malt oligofruktose, rasa pun sedap..boleh join peraduan Power Root lg.
  4. Shopping kat Sabasun, hyper runcit yg memboikot barangan Israel. Kalau diorang jual pun, diorang akan tulis  fakta ttg Israel di sebelah barangan keluarannya.
  5. L'oreal dan Garnier tukar dengan produk lain.
  6. Antara barangan Israel laen yg biasa kita beli adalah maggi, kit kat, nescafe dan barangan Nestle serta Johnson n Johnson. 


Kami dah mulakan boikot beberapa barangan keluaran Israel sejak tahun lepas tp ada jer yg ter 'miss'. In shaa Allah lepas ni akan boikot lbh bnyk lg dgn niat untuk tolong umat Islam dan jatuhkan Yahudi laknatullah. Mungkin dengan cara ni jer boleh bantu di samping doa dan derma. Paling kurang kita tak menyumbang kepada kekayaan Yahudi walaupun ada sesetengah benda mmg tak dapat nak diboikot lgsung contohnya guna Google.

Semoga Allah selamatkan umat Islam di seluruh dunia terutama di Palestin dan Rohingya..ameen

Tuesday, 8 July 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80


Ada sesiapa nak duit raya tahun ni? Jom try GA dari Ummud, boleh dapat hadiah duit raya..tp untuk yg menang jer la :P

Tiga pemenang dicari dengan hadiah duit raya RM50, RM30 dan RM20 setiap satu. Tarikh tutup pada 21 Julai dan pemenang akan diumumkan pada 25 Julai 2014. Tapi terma dan syarat boleh berubah..kalau nak tau info lanjut, sila check blog Puan Faizah ni yer. Tak boleh klik kat gambar sbb den xreti nak buat backlink..kuikui :P
 Goodluck yer kengkawan :)

Puding Karamel Kukus

Dua tiga hari ni rasa rajin jer nak try buat desserts utk berbuka. Bila da buat tu..ada yg jd, ada yg xjd, ada yg rasa biasa2 jer..tp yg saya nak tulis ni, dessert yg sedap dan jadi dgn jayanya (sebenarnya terlebih manis sket :P)

Please excuse my sloppy work..ehehehe :P
Saya amek dari belog FakhRuru sbb gambar yg nampak sedap dgn senang nak dibuat..terima kasih yer tuan tanah. Tp disebabkan cuma makan berdua, so sy dah divide semua ingredients dari resepi asal ke half portion jer. Kat bawah resepi makan utk berdua, boleh try buat...rasa mmg best..

Resepi Puding Karamel Kukus

Bahan A: 
1/2 cawan gula
1/4 cawan air masak

Bahan B:
2 biji telur gred A (dipukul)

Bahan C:
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air masak
Satu setengah sudu makan gula

Bahan D:
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara masak: 
Masukkan gula dlm periuk dan masak dlm api kecil sehingga warna berubah menjadi kekuningan. Kemudian tutup api dan masukkan air perlahan2 dan kacau laju2 utk elakkan drpd berketul. Dah siap, masukkan dlm bekas acuan..ketepikan dulu.
Dalam periuk yg sama..masukkan susu cair, air masak dan gula sambil dikacau dalam api kecil. Bila dah mendidih, tutup api. Kemudian, masukkan campuran tersebut ke dlm Bahan B (telur yg dipukul). Kacau sikit kasi sekata. Lastly, masukkan esen vanila..
Dah siap, bolehlah dikukus. Kukus dlm 15 minit atau sehingga puding masak..macammana nak tau dah masak belum? Amek garfu, cucuk dlm puding..kalau tak melekat maknanya dah masaklah tu.

Selamat mencuba, mesti tak menyesal :)

Tuesday, 1 July 2014

~ Mr Umi vs Mrs Abi ~

Tajuk pun dah pening, umi dpt title Mr, abi pulak title Mrs..terbalik dah ni..

Haha..semua sbb cerita semalam. Baru perasan yg husband ni dah act macam makcik2, si isteri pulak ambil alih tempat suami. Husband balik smlm bawak satu sampul putih, bila bukak rupanya ada katalog pinggan mangkuk..jeng3. Isteri xder mood pun nak tengok, yg si husband ni dah bukak page mana dia nak beli. Siapla cakap beli yg ni dpt 30% less, harga tak sampai rm300..punya nak nego dgn wife.


Terpaksa la isteri buat2 tengok, sebenarnya kat otak ni duk fikir nak saving sket sbb dah nak raya, lepas tu kalau beli set sampai 37 pinggan cawan mangkuk semua tu..mana nak letak kat dapur. Kabinet dapur belum ada, tempat letak pggan mangkuk dah penuh..kalau pecah kan sayang..macam2. Nak pulak harga rm300..susutlah saving nnt.



Akhirnya try kawtim dgn pembekal pamp suisse yg kitorang nak beli tu, mintak harga member..tak sampai 5 minit deal akhirnya dia kasi less rm200..rezeki suamilah..dapat jugak set pinggan mangkuk yg husband nak tu. Tapi bila difikir balik, mmg rasa mcm encik suami tu dah jd geng makcik2, mesti tgk katalog kat opis sambil diskas dgn member2 dia yg mana nak beli kan? Haha..sayang suami ketat2..

Selamat berpuasa puan suami :P

Segmen Blogwalking by MissKepeng