Sunday, 15 June 2014

Baby Walker: Baik atau Buruk?

Baby Auni dah pandai merangkak dan berdiri sendiri dgn berpaut pd sofa skrg. Bila dah start memaut tu mmg selalu jugakla jatuh..kitorang pun plan nak beli baby walker utk Auni tp opismate husband gtau baby walker tak baik untuk baby sbb bila baby duk dlm tu, dia tak cuba utk berdiri sendiri tp cuma gerakkan kaki sesuka hati tanpa cuba berusaha pun. So, dari segi psikologi baby tak berapa bagus lah camtu. Erm..baru tau ni. Nak dpt lbh info pasal baby walker, kitorang pun tanya pakcik gugel..dan rasanya kitorang tak jd kot beli baby walker utk Auni...


Kenapa tak jd? Sebab kitorang buat conclusion yg baby walker ni langsung tak membantu dlm tumbesaran otot, mental dan motor baby. Jom kenali apa itu tumbesaran otot, mental dan motor bayi:

1. Tumbesaran otot - tumbesaran otot utama adalah pd bahagian tangan dan kaki merangkumi otot betis, peha, bahu etc. Semakin bnyk bayi merangkak, semakin kuat dan cepat tumbesaran ototnya. Ia seolah seorang ahli angkat berat mengangkat dumbell utk kuatkan dan besarkan otot..sama lah perumpamaan dgn baby yg merangkak..jd bila guna walker, secara automatik baby dah tak merangkak..tak bagus utk tumbesaran otot.



2. Tumbesaran mental - tumbesaran mental berkaitan dgn kebolehan bayi berfikir dan bertindak. Baby yg bermula dgn meniarap, merangkak dan meniti menggunakan bantuan minda utk bergerak. Mereka belajar jatuh dan bangun kembali serta menetapkan sasaran arah pergerakan mereka. Bagaimanapun, hal ini tidak dilakukan oleh baby yg menaiki walker, walaupun penggunaan baby walker mempercepatkan kebolehan baby berjalan tetapi baby tidak dapat menentukan perkara yg ingin dilakukannya kerana mereka berjalan mengikut naluri sesuka hati. Baby tidak dapat belajar pergerakan yg lain spt merangkak dan bertatih, maka setelah mereka boleh berjalan..mereka biasanya hanya berjalan tanpa tujuan seperti ketika berada dalam walker..ini menunjukkan ketidakmampuan mereka utk membuat keputusan dan pilihan.


3. Tumbesaran motor - terdapat dua jenis motor iaitu motor kasar dan motor halus, bukan motorsikal yer. Motor kasar melibatkan kebolehan merangkak, berjalan atau berlari manakala motor halus berkaitan dgn kebolehan menulis atau melukis. Penggunaan baby walker mengakibatkan motor baby tidak berkembang disebabkan kurangnya pergerakan pada motor kasar bayi kerana tidak pergerakan meniarap, merangkak etc. Selain itu, motor halus baby jugak terjejas sama..dikatakan bahawa baby yg tidak menggunakan walker mempunya kebolehan menulis yg lebih baik..wallahua'lam


Banyak keburukan guna baby walker dari kebaikan..mungkin mommies fikir senang nak jaga baby kalau letak dalam walker tp kan lg bagus kalau kita biar anak membesar ikut fitrah.
Fitrah manusia meniarap>merangkak>bertatih>berjalan..jgn lawan fitrah tu sbb mungkin ada kesan tak baek lepas itu. Pape pun ikut pd keadaan mommies jugak, mungkin mommies ada masalah laen..so bolehlah letak dlm walker cuma pastikan baby sentiasa di supervise...

Tuesday, 10 June 2014

BLOGLIST MAY-JUN 2014 BY YONG


Bagi sesiapa yg tgh cari GA untuk join, sempat lg untuk join GA dari Kak Yong sbb due date 15 Jun ni. Kalau rasa nak join, boleh klik pada gambar kat atas ni yer.

Saya mula berblogging pada 5 Mei 2014, still panas dr oven ni :P

Thursday, 5 June 2014

HESTA Dah Sampai!!

Alhamdulillah..walaupun baru sebulan usia blog ni tp owner blog dah dapat merasa menang hadiah giveaway..thanks HESTA..teruja sangat bila parcel ni sampai petang td. Rasa macam nak melompat jer ^_^



Masa Poslaju call nak hantar barang tu, ingatkan kecik jer parcel nyer tp sekali dtg..mak ai..besar rupanya. Memang padan harga sekotak RM170, ingatkan trial pek yang set kecik tu jer. Dah la lengkap semua kat dlm tu dari toner, cleansing milk, cleansing gel, scrub, mask, aloe vera gel sampailah ke sunblock. Ma Shaa Allah memang tak sangka boleh menang dapat bnyk macam ni :)



Untuk masa skrg kena pakai dulu dalam sebulan dua utk tgk effect HESTA ni, kalau serasi dgn muka dan berkesan..boleh testi nnt. Masalah kulit muka skrg ni pigmentasi, liang roma besar dan kulit kusam..hopefully ada perubahan lepas pakai nnt. 

Pape pun, nak ucap thanks sesangat kat HESTA sbb dah pilih owner blog sbg salah sorang pemenang..semoga HESTA akan terus maju dan sukses lg lepas ni. Kalau ada yg nak tau info lanjut pasal HESTA ni boleh check kat sini yer.

Opss..space kat meja solek dah tak muat..kena beli meja baru untuk HESTA nampaknya ni :P

Wednesday, 4 June 2014

' Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

 photo PicsArt_1399658091312_20140510_015633_zps327cecf4.jpg

Ada yg berminat nak join GA Dr Shikin ni tak? Kalau rasa nak join, klik jer gambar kat atas ni. Tarikh tutup pada 30 jun 2014 @ bila dah cukup 90 org peserta. So jgn tunggu lg, jom join cepat ;)


Selamat Hari Ibu buat Junaidah Binti Yaacob a.k.a Ma


Sepanjang hidup dari kecik sampai dah jd mak org ni, rasanya masih banyak menyusahkan ma. Setiap yg dibuat mesti bertentangan dgn kehendak ma..selalu bertelagah pendapat. Walaupun cara nak masak pun, mesti tak sebulu..kenapa yer?

Tapi percanggahan pendapat tu yg buat kasih sayang pd ma sentiasa menebal, walaupun ma marah tp ma selalu ada di sisi masa senang atau susah, masa sihat atau sakit, masa panas atau hujan. Ingat lg masa kecik, ma pimpin tangan untuk lintas jalan dlm panas terik demi untuk belikan baju sekolah..banyak susahkan ma..

Masa putus cinta, ma peluk dan dakap kuat2..macam masa kecik2, menangis dlm pelukan ma demi sorang lelaki..menyusahkan ma lg. Lepas tu, masa buat keputusan nak kawen, tak kenal lelaki tu..ma tak tidur malam fikirkan semua..menyusahkan ma lg..lepas kawen, sakit masa lahirkan Auni..pun ma ada kat sisi..tunggu dlm risau..tetap susahkan ma jugak..

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada insan selepas suamiku yg plg ku hormati dan sayangi kecuali ma..berikanlah ma kasih sayang, nikmat dan rahmat dari sisimu..dia wanita paling berharga dalam hidupku. Berikanlah keampunan bg segala silap yg pernah dilakukannya dan berilah petunjuk terbaik dlm setiap yg dilakukannya..sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pemberi Rahmat..ameen..

I love u ma..forever..sedeh rasanya... :(

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com


Jom join giveaway dari Syuhada baharudin. Kalau nak tau detail, klik jer kat gambar atas ni. Goodluck u all!

Sunday, 1 June 2014

Resepi Puree Baby

Baby Auni dah besar!

Tapi last check up berat naek cuma 200g, so staff nurse advised kasi bubur nasik instead of nestum. Dalam tgh mencari resepi puree untuk baby, tiba2 dtg idea nak buat puree beras + kurma + ikan + lobak sbb benda tu semua ada dlm peti ais. Senang jer pun nak buat, baby Auni pun makan dgn berselera, resepi mcm kat bawah ni:

Puree Nasi


Setengah cawan beras
1 inci lobak
3 biji kurma
2 ekor ikan selayang halus (direbus dan dibuang tulang)
3 cawan air

Cara penyediaan: Campur semua bahan di atas dan masak atas periuk dgn api sederhana. Bila nasik dah lembut, boleh tutup api dapur dan sejukkan. Campuran tersebut diblend dan disimpan dalam freezer.

Semua bahan yg digunakan ada kebaikan masing2. Contohnya, lobak baik untuk mata, kurma bagus untuk tingkatkan kecerdasan otak selain rasa manis yg boleh buat baby nak makan banyak dan ikan kaya dgn sumber protein. So, kira makanan berkhasiat baby lah ni.


Bila baby nak makan, keluarkan sejam awal dan panaskan ajer. Senang, boleh buat stok 3 hari :)

Segmen Blogwalking by MissKepeng