Cara Tanam Rumput Karpet

Suami teruja sangat nak tanam rumput karpet untuk letak kat laman rumah. 

Maka misi membeli rumput karpet dan meng 'clear' kan laman pun bermula. First survey di Kuala Berang, mahal rumput karpetnya tapi mmg dijaga elok. RM10 satu petak..biasanya RM3/petak. Suami pun ajak pi nursery laen..dapatlah harga RM3/petak. Balik rumah..operasi pun bermula.


First step kena clearkan semua rumput2 liar yg tumbuh, keringkan sehari then baru boleh bakar. Biasanya kerja2 clearkan rumput liar ni amek masa 2 hingga 3 hari jugak utk setel. Penat bahu ngan pinggang menebas.


Tanah yg dah bersih tadi dikambus dgn pasir, xpayah tebal pun lapisan pasir tu..just tutup bahagian batu2 yg tak diingini tu jer. Rumput karpet jugak dikenali sbg rumput Filipina..oh...baru tau..


Kerja2 kambus pasir ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi utk disiapkan. Tu encik hubby tgh semangat lg tu, kesabaran masih menebal lg. Penat pinggang buat ni, malam dah sakit2 sana, sakit2 sini..wife lah kena urutkan badan..


Bila semua dah rata baru boleh tanam petak rumput td..kalau rasa kesabaran masih tinggi, petak rumput td boleh kerat bbrapa bahagian buat kecik2 supaya cepat membiak. Tapi kalau kesabaran dah menipis, buat macam encik suami jer..tanam satu petak terus :)


Nak tanam rumput karpet ni, kena rajin menyiram dgn menjaga. Kalau tumbuh pokok liar lain, cepat2 cabut. Pagi2 kena siram, jgn letak benda berat mcm dumbell atas rumput, lepas tanam kena pijak2 sikit dan etc. Banyak jugak nak kena jaga. Tp lambat benar pokok ni nak membiak..tunggu jer lah dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

~Kek Coklat Kukus Paling Senang~