Ini ke Tanda-tanda Keguguran 2 Bulan?


Tanda-tanda Keguguran | Sebelum ni kalau awak pregnant, ada alami apa-apa alahan tak? Jenis saya bila dah melalui proses mengandung sebelum ini, memang akan alami alahan teruk. Teruk yang bila bangun pagi automatik akan muntah hingga membawa ke malam sampai nak tidur balik tu.


Jadi masa tengah alahan teruk ni, saya akan sediakan makanan masam macam asam untuk hilangkan rasa nak muntah. Selain tu, bau suami dan masakan adalah perkara yang akan saya cuba elakkan. Jangan peluk suami dan jangan pergi kedai makan. Nak makan, kebiasaannya saya akan tapau je. Tapi kebanyakkannya saya lebih rela tahan diri dari makan untuk elakkan muntah.

Tanda-tanda Keguguran 2 Bulan

 Kebetulan masuk bulan Ramadhan tahun ni, tiba-tiba mood swing berlaku pada diri saya. Yang pastinya semuanya merujuk kepada tanda-tanda kehamilan. Makanya saya confident 99% yang saya tengah mengandung tapi disebabkan saya tangguh untuk check samada dengan guna kit atau jumpa doktor, akibatnya sekarang saya rasa saya dah keguguran :(


Tanda-tanda Kehamilan


Selain alahan teruk, tanda kehamilan juga mudah saya kesan kerana rutin harian dan keadaan physiology badan saya akan berubah secara drastik. Antara tanda-tanda kehamilan yang saya perasan berlaku sepanjang kehamilan (mungkin) ini adalah :


Mual - Saya sering kali rasa mual-mual nak muntah tanpa sebab. Bau suami yang dulunya harum mewangi, kini dah mula jadi busuk dan memualkan. Kalau saya terbau badan suami, memang rasa nak lari jauh-jauh sambil tutup hidung. Kata orang bau pheromone dari suami akan tingkatkan ghairah tapi time ni memang nak suruh suami pergi duduk jauh-jauh je.


Panas - Saya tak tahu kenapa tiap kali mengandung, rasa panas badan akan saya alami. Begitu juga pada masa ini. Saya akan mula rasa panas dalaman seawal jam 8 pagi dan akan jadikan lantai berjubin sebagai tilam untuk saya melepek. Bukan itu saja, disebabkan kepanasan, saya buka semua baju dan berbaring half-naked atas lantai sehingga petang. Kebetulan kami belum ada air conditioner di rumah, jadi itu saja pilihan yang saya ada.


Mengantuk - Saya asyik rasa mengantuk tak kira masa, kadang-kadang tengah buat kerja pun saya boleh nak tertidur lagi. Bila badan rasa panas, mual dan mengantuk, jadi apa lagi. Lantai merupakan tempat saya melelapkan mata tak kira masa. Suami balik kerja pula rasa kesian tengok bini dia tidur atas lantai tanpa lapik.


Selalu rasa nak terkucil - Tak kira tempat dan masa, saya selalu rasa nak buang air kecil. Walaupun tak banyak minum air, tapi tetap juga rasa nak terkencing. Rimas rasanya tiap kali nak ke tandas walhal kencing sikit je.


Period tak datang - Bila dua bulan tak period memang menguatkan rasa yang saya memang tengah pregnant. Kebiasaannya saya akan datang period on time, takde masalah. Tapi bila tiba-tiba tak period maknanya tentu ada isi la kan. Tapi yang geramnya, saya tak terfikir lagi tu nak pergi check ada isi ke tak.


Tapi tak terfikir lagi yang saya mungkin tengah pregnant time tu pasal sy takde pulak muntah-muntah macam masa first pregnancy dulu. Lagi pun masa ni saya memang jadi rajin sangat memasak. Rajin hinggakan hari-hari saya memasak dan buat kuih untuk menu berbuka puasa yang mana saya bukanlah orang yang suka dan akan memasak setiap hari.



Tahap rajin memasak tu sampaikan sos cili pun saya malas nak pergi beli kat kedai. Sangguplah masak sos sendiri sebab nak hasilkan sos sedap yang boleh adjust sendiri rasa dia tu. Tapi bila dah selalu tidur atas lantai tanpa baju dan tiap-tiap hari rasa badan tak selesa, saya terfikir mungkin juga saya tengah mengandung.


Tapi silapnya walaupun saya dah rasa pelik pada badan sendiri tapi saya tetap juga tak pergi check samada saya mengandung atau tak. Padahal bukan susah pun nak pergi beli pregnancy test kit tu. Kedai depan rumah je pun. Suami pun takde paksa saya pergi check, jadinya saya  makinlah malas. Sampailah satu hari ni kami memasak bersama untuk menu berbuka puasa.


Bukan menu biasa-biasa ye guys. Husband beli dua biji nenas yang sederhana saiz untuk menu berbuka kami petang tu. Jadi saya buat menu nenas masak kari dan minuman pula air nenas. Hari berikutnya saya makan pula buah lemon dan keju. Untuk makluman, makanan ini amatlah tidak digalakkan dimakan oleh preggy mom. Tapi saya bantai semuanya.


Tanda-tanda Keguguran


Period - Period yang telah terhenti selama dua bulan tiba-tiba datang kembali disertai ketulan darah yang banyak dan luar biasa. Kebiasaannya takde ketulan darah yang keluar jika saya period tapi kali ni, ketulan darah dalam saiz duit 50 sen, 20 sen dan 10 sen serta ketulan hancur juga turut keluar selama beberapa hari. Disebabkan tak faham dan mungkin agak bodoh, saya biar ketulan darah itu dialirkan keluar oleh air. Period yang saya alami tu pun ambil masa yang lama untuk habis. Kalau kebiasaannya hanya ambil masa seminggu saja period, kali ni hampir dua mingu baru period saya berhenti.


Sakit perut - Pada awal period, saya alami sakit perut yang agak teruk seperti senggugut. Keadaan ini agak pelik bagi saya kerana tidak pernah alami senggugut setelah selepas berkahwin.


Simptom pregnant hilang - Kalau sebelum ni saya alami tanda-tanda kehamilan tapi sebaik saja lepas period, semua simptom yang saya sebutkan di atas tiba-tiba hilang. Badan saya tak lagi rasa panas, saya kurang ke toilet kerana tak lagi rasa nak terkencing selalu dan saya juga dah makin kurang rasa mengantuk tak tentu masa.


Kesian pada suami yang mengharapkan Auni akan dapat adik dalam masa terdekat. Suami memang suka anak ramai, jadi bila ingat ada rezeki tambah baby memang agak excited. Cuma kesilapan kami berdua kerana tak check samada mengandung atau tak. Paling kurang kalau dah tau mengandung, kami boleh lebih berhati-hati memilih makanan dan tidak melakukan kerja berat.


Ini adalah pengalaman saya yang berkemungkinan mengalami keguguran pada usia janin dua bulan. Tapi saya pun tak pasti samada saya betul-betul mengandung atau tidak kerana selepas kejadian tu kami masih lagi tak pergi ke hospital untuk cuci rahim sebab saya takut nak pergi. Tapi jangan tiru perangai saya tau. Nak kena marah baru pergi ni..biasa ni :P

Catat Ulasan

0 Ulasan