~Manis Sangat Cik Ramadhan Ni~

Dah lama x update blog, dekat 4 bulan dah lamanya. Sejak pindah KL ni, macam2 citer baru yang jadi.

Sementelah skrg ni bulan Ramadhan, lagi sibuk dgn aktiviti memasak. Boleh kata hari2 masak resepi baru. Semua google dalam internet, x pun telefon mak dgn mak mertua tanya resepi. Walaupun masa mudanya, saya bukan seorang yang rajin memasak..tp kini segalanya berubah. Hehe..saya suka memasak, nak2 bila masakan tu menjadi..mmg bersemangatlah nak masak lg.

Syukur jugak dapat suami ringan tulang, lg senang. Tiap kali nak masak resepi baru, Encek Husband masak satu lauk, saya masak satu lauk. Balik jer kerja, terus bawak masuk bahan mentah..siap sembahyang, beliau dah sedia kat dapur. Lagi bagus pasal beliau lg pandai masak dari saya. So, mmg senang la kerja saya..wink..

Boroi dah perut tu..

Donut, nasik kerabu, nasik ayam, daging salai cili padi, karipap, onde-onde, kerabu sayur, steak, spageti carbonara, spageti bolognaise, mee kungfu ngan plus other things jugakla diari memasak sepanjang Ramadhan ni kitorang dah buat. Sampaikan sos cili pun sy buat jer skrg ni, xder nak beli2 dah. Bukan susah pun rupanya.

Alhamdulillah skrg pun dah start sembahyang terawikh kat rumah, dulu xder nak rajin sgt..skrg ok sikit kot. Walaupun buat 8 rakaat jer, better la dari xder. Pastu sembahyang kat umah jer pasal si kecik ni xleh nak bawak pi surau, nnt bising ngan suara dia jer pulak. Cuma Encek Husband jer yg pi masjid sembahyang. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun yg sebelum2 ni...aamiin..

Saya suka Ramadhan, Syawal lagi lah suka..ngeee..

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet