~Mabul Island~ PELAJARAN PENTING

Im in love...

With Sabah..ngee. Best sgt holiday kat Sabah...xcukup rasanya duk seminggu, kalau boleh nak tinggal sana terus :P

Baru balik holiday minggu lepas. Kitorang ke Mabul, KK dan Kundasang. Tapi nak cter pasal Mabul Island dulu..nak cter pasal pelajaran yg kitorang belajar kat sini..


Kitorang mmg zero pasal Mabul Island ni. Pi sana pun gamble jer, baca blog org dan check info dr mr gugel sket. Jd, hasilnya..best! Haha..padan muka kitorang.


FIRST Day

Kul 6.30pg kitorang dah gerak pi airport dari rumah kakak ipar kat Tuaran. Sampai airport breakfast sambil buang masa sbb flight jam 8.50pg delay pulak tu ke 9.15pg. Sambil tunggu tu, Auni dpt hadiah sticker dari kakak kecik dari Taiwan, xreti cakap Malay/English..datuknya yg translate utk ktrg..


Lbh kurang jam 10.30pg ktrg sampai di airport Tawau. Then ktrg amek teksi (rm45/cab) utk ke bandar Tawau. Teksi direct dari airport ke Semporna mmg ada tp mahal sket (rm150/cab). So ktrg turun di bandar Tawau dulu dan naek bas utk ke Semporna. Harga tiket bas baru rm12/head tp lama sikitla perjalanan, dlm 2jam. Takper, dlm bas kita tido :P

Dlm jam 1.30tghr ktrg sampai di pekan Semporna. Ha..kat pekan ni la letaknya jeti nak ke Mabul. Tp masalahnya, ktrg xtau kat mana the exact location jeti tu terletak..dgn beg bnyk, siap kotak shopping kat KK lg, backpack dgn beg AF pulak..menapakla ktrg jln kaki cari jeti. Dlm pencarian tu, bnykla kereta yg lalu lalang duk hon ktrg sana sini. Heran jugak tp buat dono jer..rupa2nya diorg ni prebet sapu..

PELAJARAN PERTAMA: next time dah sampai stesen bas, terus tahan prebet sapu utk ke jeti..pasaipa? Pasai mmg kat sini diorg xder teksi, cuma prebet sapu yg beroperasi..nak ke mana2 dlm Semporna cas cuma rm2~rm2.30. Murah jer sbb pekan Semporna ni kecik sgt. Pastu kat sini, prebet sapu mmg xsalah dan dibenarkan beroperasi oleh authority, sbb tu xder teksi..ada pun maybe xsampai 5buah pun..so dun worilah kalau nak naek prebet sapu ni.

Tp ktrg? Ktrg menapak sampai ke Dragon Inn Floating Boat..sbb xtau pasal kewujudan prebet sapu tu. Dah nak balik KL baru tau..sadis sgt..huhu. Sampai Dragon Inn, check in standard room rm105/room utk smlm.

PELAJARAN KEDUA: kalau jumpa budak rambut mengerbang berkeliaran mintak sedekah..tu adalah suku kaum Bajau yg tinggal kat laut. Mereka akan naek ke darat utk bermaen sambil mintak sedekah. Kalau rasa nak kasi pape, kasilah tp nnt ramaila yg dtg mintak lg kat korang.




Ikan awet ni, ptg2 ada show kat tepi laut utk tgk ikan ni ngan ikan laut yg laen. Apa ntah nama ikan nyer tp berat lebih 50kg seekor. Mmg first experience tgk ikan laut dlm ni depan mata..besar kot!





Malam tu jam 8pm dah tidoq..Toilet yg plg best, terasa mcm masa budak2 mandi umah arwah nenek. Bila mandi air turun ikut celah papan kayu..betul2 membangkit nostalgia masa kecik..sob...sob..

Ptg tu kitorang survey pakej utk ke Mabul Island dan penuhi malam tu dgn tidoq jer seawal jam 8mlm..awal betul..


SECOND Day

Awal pg ktrg pi register pakej dan join ikut pi ke Mabul Island dgn tourists yg lain. Cuma kitorang jer Malaysian, yg laen omputeh dan Chinese..xder hal. Kitorang amek pakej dr Uncle Chang's Sipadan Mabul Dive Lodge dgn total rm864 utk 2dewasa selama 3hari 2malam. Infant free. Bnyk lg pakej yg murah tp suami cakap nak jugak pakej tu. Konon2 sbb tempat cantek, nak create sweet memories best2 la kononnya.

Tapi..

8.30pg kitorang naek bot dan sampai ke pulau dlm jam 9.30pg. Jam 11pg baru leh check in...breakfast dulu sebaik sampai tu. Makanan? Mee goreng jer..Disebabkan next snorkeling trip on 1.30pm, so kitorang decide pi pusing kg jln2..Round2 kg, terjumpa budak2 Mabul..borak2 sket..


Check in bilik, entah kenapa dapat bilik VIP pulak..masa bayar xder cakap pun nak bilik vip. Tp xberbaloi pun pasal sama jer dgn bilik laen, cuma besar sket, bnyk katil extra. Sesuai utk yg dtg dlm group..utk kitorang, sesuai utk maen lompat2 atas tilam extra :P





 Bilik betul2 kat sebelah buaian gantung, time panas nak tido ptg..kitorang pi tidoq dlm buaian..selubung badan, sejuk pasal angin laut. Untung jugakla dpt bilik vip pasal kitorang conquer buaian..bilik laen xder..hehe


Jam 1.30pm tu follow snorkel kat Mabul tp air xclear sbb driver bot bawak kat tempat yg dlm. Xbest, suami asyik mengadu jer xnampak..sy xleh snorkel sbb bawak auni. Auni plak first time, nanges jer la kejenya. Tp kejap2 happy, pastu sambung nanges lg.

Jam 3pm kitorang balik, terus tidoq. Jam 5ptg jalan2 balik kat kg mabul..Owh, lupa nak gtau, kat sini xder letrik, generator kat lodge start dibuka jam 4.30pm dan ditutup jam 8pg. So, kalau duk kat bilik tu mmg panaslah. Pastu air mandi pulak adalah air masin..what? Mmg air masin..adui, rambut mengerbang dah macam suku bajau jadinya sbb mandi air masin jer. Tp x la semasin mcm dlm laut..cuma bila masuk mulut, mmg terasalah kemasinan itu.

Time ronda dlm kg, terjumpa bnyk resort kat sini.Cantek2 siap dgn swimming pool.



PELAJARAN KETIGA: Next time, taknak amek pakej atas laut lg..nak try amek kat darat pulak. Boleh mandi swimming pool..xderla nak mandi air masin jer 3hari..adu..du..


THIRD Day

Jam 7pg breakfast..kalau ikut trip arini ada 3x trip snorkeling..niat nak follow semua tp lepas first trip 8.30pg ke Mabul island, terus kensel nak join second trip ke Kapalai Island. Arus kuat, nak turun bawak Auni pun xberani..cuma Abi jer yg turun tp katanya xnampak pape dlm laut tu. So trip ke Kapalai kensel, ganti jalan2 kat kg sambil amek gambar. Oh, trip ke Kapalai Island kena bayar rm30/head kalau nak pi pasal jauh sket locationnya.


Time balik dr island tu, ada brader kg dtg naek sampan jual ikan fresh baru tangkap. Kitorang pun rembat ikan kerapu dgn ikan merah semua besar sket dr tapak tangan dlm 6 ekor. Harga? Rm10 jer..murah2..pastu kasi kat chef masak utk makan mlm. Cas rm15/lauk.

PELAJARAN KEEMPAT: Kalau nampak ada org dtg naek sampan sambil angkat sumthing, maknanya diorang nak jual hasil tangkapan diorangla tu. Harga boleh tawar sampai jd sgt murah..berbaloi. Ketam biasanya jual awal2 pg dlm jam8 camtu. Kalau nak, kena tunggu lah tepi tangga tu.


Lepas lunch, jam 1.30pm pi join snorkeling kat Mabul island. Rugi x follow pasal esok dah nak balik. Arus dah reda, air laut pun dah surut..so dpt tgk pemandangan yg cantek. Auni turun dah xnanges dah..seronok pulak dia. Kitorang suruh crew tolong amek pic kitorang dlm laut nnt tp elok jer dia rembat kamera tu masuk air amek gambar coral, penyu ngan fishes jer. Adui..nak amek gambar dlm laut dgn family pun xdpt..



Jam 3pm kitorang balik ke bilik, siap2 mandi solat semua sbb ptg kitorang nak pi beli lobster. Pi rumah pakcik jual lobster, tgk sendiri dia tangkap lobster dan pegang lobster hidup2. First time kot. Harga murah pulak tu..cuma rm150/kg..kalau kat kedai mesti rm250/kg ke atas. Dah beli, kitorang pusing kg lg..biasanya budak2 yg duk kat atas laut akan naek kat darat ni ptg2 sbb nak maen..jd suasana waktu ptg mmg sgt meriah dgn budak2 sampai rasa serabut pulak..haha.


Signboard umah pakcik jual lobster..tp nak sampai ke rumahnya mmg scary la, jambatan kayu terkopak sana sini..hui..takut..


Auni pun nak pegang lobster, kalau melompat lobster tu mau nanges dia..


Lobster tu kasi pd chef utk masak stim, ikan pulak buat masak masam manis. Mlm tu, tidoq lambat sket dlm kul 9.30mlm. Pi minum kat kedai kopi dlm kg, sambil rasa bayu laut yg  bertiup nyaman..sedeh nak balik..xpuas lg stay kat Mabul :(




Kitorang snap bnyk pic rumah atas laut dan atas darat. Ni antara pic beza rumah diorang, unik sgt. Kat atas ni umah atas laut. Kat bawah umah atas darat.





LAST Day

Jam 7pg kitorang dah kena check out, patutnya bot balik kul 11pg dan check out jam 9pg tp disebabkan krew nak hantar diver pi pulau yg jauh..so, kena hantar kitorang balik awal pg. 

PELAJARAN KELIMA: Kitorang taknak amek pakej dgn Uncle Chang ni lg, moment kat Mabul mmg best tp spoil kat lodge. Dah la bayar mahal, tp servis camtu jer. Makanan yg sama, xder pilihan makanan len pastu xsedap pun (cuma yg kitorang bayar rm15/lauk tu jer sedap. Yg laen rasa macam makan time kat asrama sekolah), letrik xder sampai jam4.30pm (panas tau, apsal xleh bukak generator tu awal?), mandi air masin, bawak pi snorkel tp kat tempat dlm yg xnampak apa, nak pi Kapalai kena cas pulak (yg kitorang bayar rm400+/head tu guna buat apa?) dan yg plg geram tu..boleh pulak kena check out dan balik awal pasal nak bawak divers pi pulau...apakah..apakah..

Tp xdinafikan bila amek gambar kat lodge ni, mmg automatik gambar jd cantek. Cantek camni..



Sunset..nampak direct dari cafe..


Patutnya kitorang dah plan pg tu nak ke kampung pusing2 sebelum balik, akhirnya xdpt. Bot sampai jam 8pg..berakhirlah pengalaman best kat Mabul. Walaupun mcm bnyk sgt kitorang nak komplen kat Uncle Chang ni tp sebenarnya kitorang sgt enjoy time kat Mabul. Kalau ada peluang lg, mmg kitorang sampai lg la..haha.


Aku jatuh cinta sama kamu..Mabul...Sabah...Abi..Auni.. 

Comments

  1. waah seronoknya.. banyak benar pengajaran. bagus alert untuk sapa2 yang nak ke mabul. kena take note so tak buat kesilapan yg sama.. adus spoil la service cemtu. bayar mahal kot adus uncle tu.. tapi air jernihnyaaaaa geram. rasa nak terjun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT mmg kaki jalan kan? Ha..pasni boleh pi jejalan kat Mabul pulak. Konfirm xrugi...jgn amek lodge uncle chan, try billabong scuba lodge..mcm cantek jer tempatnya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet