~Pneumonia~Jangkitan Kuman pd Paru-Paru

Last week memang minggu yang mencabar, Auni disahkan kena pneumonia aka jangkitan kuman pd paru2. Xsure macammana boleh kena tp doc kata jangkitan disebabkan kuman yg tersebar dlm udara, persekitaran kotor dan mungkin jugak ada contact dgn org yg baru balik haji/ umrah.




Nak dijadikan cerita pulak, sebelum Auni kena sakit tu, kitorang sebenarnya baru balik dr KL dan Melaka, hantar mak mertua kat KLIA utk buat umrah, then terus ke Melaka..cuti2 Malaysia kejap dalam 2 hari. Balik rumah, esoknya Auni demam. Bila 3 hari demam xder nampak gaya nak kebah, baru ke hospital dan doc kata Auni kena pneumonia. Mungkin kuman kat airpott atau hotel kitorang tidur tu kot..wallahualam.




Masa doc gtau tu, xder risau mana pun sbb xtau penyakit ni mcmmana. Dah balik rumah, macam biasa gugel dlm internet...dup dap dup dap jer jadinya. Rupa2nya penyakit ni boleh bawak maut kalau lambat dirawat! Ma shaa Allah, nasib baik kami cepat bawak ke klinik. Selain tu, pneumonia ni jugak cepat kesannya. Dlm masa sehari lepas demam pun dah boleh dijangkiti penyakit ni, tanda2 penyakit pulak..baby demam (waktu mlm dan awal pg demam panas), berhingus, nafas berbunyi dan baby xselera makan. Itu simptom utama kat Auni lah..tp penyakit ni common jd kat baby..

Utk check, biasanya doc akan letak stetoskop kat dada baby dan dengar ada bunyi pelik x. Lepas tu, kalau baby saspek ada pneumonia, doc akan kasi mild antibiotik dan perlu disuap pd baby selama seminggu xboleh skip. Kalau skip, kuman boleh jd lebih kuat dan antibiotik tu dah xboleh pakai dan kena ganti dgn antibiotik lain yg lebih kuat. Time ni mencabar..Auni dgn tenaga nyer yg xberapa nak ada lg tu mengamuk sakan time nak makan ubat. Abi tukang sumbat syringe dlm mulut, umi tukang pegang tangan dan mulut Auni. Kalau x, menyembur2 sebelum sempat telan. 





Cara nak rawat mmg xder pilihan lain, kena suap antibiotik..xkira baby suka x. Selain tu, disebabkan baby mmg xlalu nak makan time sakit ni..kena kerap susukan...biar dia bnyk minum, xper..jgn kurang itu bahaya sbb baby akan terhidrat nnt. Selain tu, bawak baby main kat luar rumah. Time Auni sakit aritu, hari2 umi duk kat luar main dgn dia..umi cabut rumput, Auni pun sibuk sama nak tolong. Sbb kuman dtg dr udara kotor Auni kena pneumonia, umi kasi udara bersih pulak nak bilas yg kotor tu. Hihi..




Alhamdulillah Auni dah sihat..tp sempat jugaklah demam 10hari sebelum nak sihat. Nasib baik x masuk wad, kalau x..aduhai..rindulah abi kat kitorang nnt :P

Comments

  1. assalamualaikum, kaknoor singgah follow kat sini alhamdulillah ya Auni dah sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm kaknoor, nnt sy bw blog akak yer. TQ follow :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet