~Tips Mengurus Kewangan~

Alhamdulillah..sejak start dengan bisnes secara fulltime ni, banyak ilmu baru saya peroleh. So mulai hari ni, saya nak share lah beberapa ilmu yg saya rasa berguna supaya kawan2 pun boleh dapat manfaat. Malam ni kita mula dgn tajuk 'Mengurus Kewangan'. Cewah..mcm tgh mengajar pulak..


Masalah utama bila terlibat dengan transaksi puluh ribu ni, kita pandang duit seringgit dua macam takde nilai..dulu selalu nampak amount kecik, so bila terjumpa seringgit mesti kutip simpan. Skrg, setakat singgit, lima hinggit tu kasi anak pulak maen..kat situ silapnya.



Saya dah mulakan menulis transaksi jualbeli bulanan ke dlm lejar sejak bulan lepas. Walaubagaimanapun, dari buku 'Bajet Wang' yg sy baca, katanya perbelanjaan kewangan perlu direkodkan setiap hari! Orang yg kaya adalah mereka yg pandai menguruskan wang manakala org yg miskin adalah mereka yg gagal menguruskan wang (The Millionaire Next Door). Tp rasanya sy masih belum sempat nak rekodkan aliran keluar masuk wang secara harian lagi (alasan..hehe).

Simpanan bulanan terbahagi kpd 3 bahagian utama yg wajib ada dalam sesebuah keluarga. Ia adalah 10% utk rezab kecemasan, 10% utk kebebasan kewangan dan 10% untuk dinikmati. Apa yg dimaksudkan dgn setiap bahagian ni? Dlm post seterusnya sy akan huraikan kerana melibatkan pengiraan sikit. 


Apapun, mulakanlah mengurus belanjawan anda..samada anda peniaga, pekerja pejabat atau pelajar, ia menentukan berapa banyak baki simpanan yg ada dlm akaun anda nnt. Semoga kita akan menjadi umat Islam yg kaya dan berjaya, mampu membangunkan ekonomi keluarga dan masyarakat..


Goodluck dan salam Jumaat semua :)

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet