Monday, 29 September 2014

~ Kiki Anak Terbuang ~

Salam tgh malam..

Last week Ahad, dari ptg sampai ke mlm asyik terdengar bunyi ngiau anak kucing tp xdpt nak detect dtg dari mana. So ktrg guess bunyi bb miau tu dtg dr rumah sebelah. Tghr esoknya, time nak check surat dlm peti pos, terdengar lg bunyi ngiau tp mcm dekat sgt bunyi tu..mcm kat sebelah. So kuis2 sikit kat dlm rumput tepi dinding pagar...Ma Shaa Allah mmg ada bb miau rupanya.

Bb miau yg belum boleh bukak mata tu, dgn tali pusat masih melekat duk mengiau2 slow. Sy angkat dan check, ada beberapa ekor kerengga tgh menggigit bb miau tersebut, beratus2 telur lalat atas bulu halus bb miau dan beberapa ekor ulat bergerak merayap2 serta bahagian punggung berdarah. Sy yg masa tu dah bersiap2 nak keluar, xjd keluar. Amek bb miau, letak dlm baldi yg dialas kain tudung dan terus bancuh susu utk disuap pdnya.

Kiki lepas mandi, mata belum bukak lg

Dah setel, baru keluar rumah. 

Bila balik umah..call mak tanya nak buat apa..mak suruh mandikan dlm air suam dan berus bulu Kiki dgn berus gigi utk hilangkan telur lalat yg bnyk tu..Oh, nama Kiki sy pilih utk bb miau pasal kes Kiki CDM aritu..nampak ganas sikit. Mlm tu bila suap susu, bb Kiki tanak minum..sy paksa bukak mulut Kiki dan sumbat syringe dlm mulut.

Sebelum tidur jenguk Kiki tp dah rasa hayatnya mungkin xpanjang pasal Kiki tidur straight, x mengerekot..xmcm kucing biasa. Ngiau Kiki pun dah makin kurang dan dia kurang response bila dipanggil. Bangun pg esoknya, mmg betul Kiki dah takder..Tak sampai dua hari Kiki dah pergi, dlm keadaan belum sempat tgk dunia pasal mata pun tak terbukak lg. 

Kiki dah xder, tunggu nak kena tanam :(

Ptg bila hubby dah balik keje, ktrg tanam Kiki tepi pagar. Dari punggung keluar ulat hidup..kesian Kiki, sy terlambat jumpa Kiki..ulat dah masuk dlm badannya. 

Macammana agaknya nasib bayi manusia yg dibuang merata rata tu? Bayangkan kalau Kiki adalah seorang bayi kecil, bagaimanakah perasaan ibu yg berakal yg tergamak membuang anaknya, sanggupkah melihat anaknya mati tersiksa? 

Wallahualam..RIP Kiki..sy sayang awak Kiki :(

Thursday, 18 September 2014

~Kubur Bernyawa~

Macam saspen jer tajuk kat atas...hehe. 


Baru beli novel baru smlm..xbaca lg, konon nak baca time nak tidur, xsempat2 terus tidur. Dah ada baby memang tak sempat nak baca novel pun sebenarnya..sibuk jer 24 jam tp tgn gatal jugak nak beli novel ni. Last sekali baca novel sebelum ni tajuk 'Aku Bercerita' author Ramlee Awang Murshid..i am a big fan of RAM! Tp semalam salesgirl tu xbawak stok, almaklumla beli kat tapak ekspo. Hari ni misi membaca novel Kubur Bernyawa akan dilakukan..stay tuned ;)

Thursday, 11 September 2014

~Tips Mengurus Kewangan~

Alhamdulillah..sejak start dengan bisnes secara fulltime ni, banyak ilmu baru saya peroleh. So mulai hari ni, saya nak share lah beberapa ilmu yg saya rasa berguna supaya kawan2 pun boleh dapat manfaat. Malam ni kita mula dgn tajuk 'Mengurus Kewangan'. Cewah..mcm tgh mengajar pulak..


Masalah utama bila terlibat dengan transaksi puluh ribu ni, kita pandang duit seringgit dua macam takde nilai..dulu selalu nampak amount kecik, so bila terjumpa seringgit mesti kutip simpan. Skrg, setakat singgit, lima hinggit tu kasi anak pulak maen..kat situ silapnya.



Saya dah mulakan menulis transaksi jualbeli bulanan ke dlm lejar sejak bulan lepas. Walaubagaimanapun, dari buku 'Bajet Wang' yg sy baca, katanya perbelanjaan kewangan perlu direkodkan setiap hari! Orang yg kaya adalah mereka yg pandai menguruskan wang manakala org yg miskin adalah mereka yg gagal menguruskan wang (The Millionaire Next Door). Tp rasanya sy masih belum sempat nak rekodkan aliran keluar masuk wang secara harian lagi (alasan..hehe).

Simpanan bulanan terbahagi kpd 3 bahagian utama yg wajib ada dalam sesebuah keluarga. Ia adalah 10% utk rezab kecemasan, 10% utk kebebasan kewangan dan 10% untuk dinikmati. Apa yg dimaksudkan dgn setiap bahagian ni? Dlm post seterusnya sy akan huraikan kerana melibatkan pengiraan sikit. 


Apapun, mulakanlah mengurus belanjawan anda..samada anda peniaga, pekerja pejabat atau pelajar, ia menentukan berapa banyak baki simpanan yg ada dlm akaun anda nnt. Semoga kita akan menjadi umat Islam yg kaya dan berjaya, mampu membangunkan ekonomi keluarga dan masyarakat..


Goodluck dan salam Jumaat semua :)

Segmen Blogwalking by MissKepeng