Puding Karamel Kukus

Dua tiga hari ni rasa rajin jer nak try buat desserts utk berbuka. Bila da buat tu..ada yg jd, ada yg xjd, ada yg rasa biasa2 jer..tp yg saya nak tulis ni, dessert yg sedap dan jadi dgn jayanya (sebenarnya terlebih manis sket :P)

Please excuse my sloppy work..ehehehe :P
Saya amek dari belog FakhRuru sbb gambar yg nampak sedap dgn senang nak dibuat..terima kasih yer tuan tanah. Tp disebabkan cuma makan berdua, so sy dah divide semua ingredients dari resepi asal ke half portion jer. Kat bawah resepi makan utk berdua, boleh try buat...rasa mmg best..

Resepi Puding Karamel Kukus

Bahan A: 
1/2 cawan gula
1/4 cawan air masak

Bahan B:
2 biji telur gred A (dipukul)

Bahan C:
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air masak
Satu setengah sudu makan gula

Bahan D:
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara masak: 
Masukkan gula dlm periuk dan masak dlm api kecil sehingga warna berubah menjadi kekuningan. Kemudian tutup api dan masukkan air perlahan2 dan kacau laju2 utk elakkan drpd berketul. Dah siap, masukkan dlm bekas acuan..ketepikan dulu.
Dalam periuk yg sama..masukkan susu cair, air masak dan gula sambil dikacau dalam api kecil. Bila dah mendidih, tutup api. Kemudian, masukkan campuran tersebut ke dlm Bahan B (telur yg dipukul). Kacau sikit kasi sekata. Lastly, masukkan esen vanila..
Dah siap, bolehlah dikukus. Kukus dlm 15 minit atau sehingga puding masak..macammana nak tau dah masak belum? Amek garfu, cucuk dlm puding..kalau tak melekat maknanya dah masaklah tu.

Selamat mencuba, mesti tak menyesal :)

Comments

  1. guna dadih lagi senang kot ... org malas mmg nak segera je ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa buat guna dadih yer? Hehe..sy first time buat tu, next time sy try guna dadih plak..thanks kasi info ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap tu..try buat, mmg tak menyesal lah :)

      Delete
  3. rupa tak kisah pon janji licin..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..rupa hancur masuk mulut hancur jugak ye tak?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

~Kek Coklat Kukus Paling Senang~