Resepi Puree Baby

Baby Auni dah besar!

Tapi last check up berat naek cuma 200g, so staff nurse advised kasi bubur nasik instead of nestum. Dalam tgh mencari resepi puree untuk baby, tiba2 dtg idea nak buat puree beras + kurma + ikan + lobak sbb benda tu semua ada dlm peti ais. Senang jer pun nak buat, baby Auni pun makan dgn berselera, resepi mcm kat bawah ni:

Puree Nasi


Setengah cawan beras
1 inci lobak
3 biji kurma
2 ekor ikan selayang halus (direbus dan dibuang tulang)
3 cawan air

Cara penyediaan: Campur semua bahan di atas dan masak atas periuk dgn api sederhana. Bila nasik dah lembut, boleh tutup api dapur dan sejukkan. Campuran tersebut diblend dan disimpan dalam freezer.

Semua bahan yg digunakan ada kebaikan masing2. Contohnya, lobak baik untuk mata, kurma bagus untuk tingkatkan kecerdasan otak selain rasa manis yg boleh buat baby nak makan banyak dan ikan kaya dgn sumber protein. So, kira makanan berkhasiat baby lah ni.


Bila baby nak makan, keluarkan sejam awal dan panaskan ajer. Senang, boleh buat stok 3 hari :)

Comments

  1. Waah..good idea. Tak pernah cube lagi ni.
    Btw, mmg x bagus bagi anak2 makan nestum sahaja because it's not a balanced diet. Among children yang mkn nestum n mknn segera yang lain, mmg i found that their Haemoglobin level are low.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..good info ni, kena simpan stok banyak2 dlm peti la camni. Ada info pasal baby, doc share yer..tag sy, boleh dpt ilmu direct dari doc..konfiden sket :)

      Delete
  2. hihi kekadang saya buat jugak cenggini untuk suap anak-anak buah yang kecik kecik.. guna kentang and carrot.. broccoli ngan ikan bilis.. sekali suap diorang.. makcik diorang pun nak ngap.. sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..makcik baby tu, kecik lg yer sampai nak join ngap sekali? Baru start ajar bubur nasik ni, selalu kena perah otak pikir resepi puree baby perasa laen plak :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet