Baby Walker: Baik atau Buruk?

Baby Auni dah pandai merangkak dan berdiri sendiri dgn berpaut pd sofa skrg. Bila dah start memaut tu mmg selalu jugakla jatuh..kitorang pun plan nak beli baby walker utk Auni tp opismate husband gtau baby walker tak baik untuk baby sbb bila baby duk dlm tu, dia tak cuba utk berdiri sendiri tp cuma gerakkan kaki sesuka hati tanpa cuba berusaha pun. So, dari segi psikologi baby tak berapa bagus lah camtu. Erm..baru tau ni. Nak dpt lbh info pasal baby walker, kitorang pun tanya pakcik gugel..dan rasanya kitorang tak jd kot beli baby walker utk Auni...


Kenapa tak jd? Sebab kitorang buat conclusion yg baby walker ni langsung tak membantu dlm tumbesaran otot, mental dan motor baby. Jom kenali apa itu tumbesaran otot, mental dan motor bayi:

1. Tumbesaran otot - tumbesaran otot utama adalah pd bahagian tangan dan kaki merangkumi otot betis, peha, bahu etc. Semakin bnyk bayi merangkak, semakin kuat dan cepat tumbesaran ototnya. Ia seolah seorang ahli angkat berat mengangkat dumbell utk kuatkan dan besarkan otot..sama lah perumpamaan dgn baby yg merangkak..jd bila guna walker, secara automatik baby dah tak merangkak..tak bagus utk tumbesaran otot.



2. Tumbesaran mental - tumbesaran mental berkaitan dgn kebolehan bayi berfikir dan bertindak. Baby yg bermula dgn meniarap, merangkak dan meniti menggunakan bantuan minda utk bergerak. Mereka belajar jatuh dan bangun kembali serta menetapkan sasaran arah pergerakan mereka. Bagaimanapun, hal ini tidak dilakukan oleh baby yg menaiki walker, walaupun penggunaan baby walker mempercepatkan kebolehan baby berjalan tetapi baby tidak dapat menentukan perkara yg ingin dilakukannya kerana mereka berjalan mengikut naluri sesuka hati. Baby tidak dapat belajar pergerakan yg lain spt merangkak dan bertatih, maka setelah mereka boleh berjalan..mereka biasanya hanya berjalan tanpa tujuan seperti ketika berada dalam walker..ini menunjukkan ketidakmampuan mereka utk membuat keputusan dan pilihan.


3. Tumbesaran motor - terdapat dua jenis motor iaitu motor kasar dan motor halus, bukan motorsikal yer. Motor kasar melibatkan kebolehan merangkak, berjalan atau berlari manakala motor halus berkaitan dgn kebolehan menulis atau melukis. Penggunaan baby walker mengakibatkan motor baby tidak berkembang disebabkan kurangnya pergerakan pada motor kasar bayi kerana tidak pergerakan meniarap, merangkak etc. Selain itu, motor halus baby jugak terjejas sama..dikatakan bahawa baby yg tidak menggunakan walker mempunya kebolehan menulis yg lebih baik..wallahua'lam


Banyak keburukan guna baby walker dari kebaikan..mungkin mommies fikir senang nak jaga baby kalau letak dalam walker tp kan lg bagus kalau kita biar anak membesar ikut fitrah.
Fitrah manusia meniarap>merangkak>bertatih>berjalan..jgn lawan fitrah tu sbb mungkin ada kesan tak baek lepas itu. Pape pun ikut pd keadaan mommies jugak, mungkin mommies ada masalah laen..so bolehlah letak dlm walker cuma pastikan baby sentiasa di supervise...

Comments

  1. anak i lambat jalan aritu, ramai makcik2 cakap nape taknak belikan walker, i buat pekak je, alhamdulillah, walaupon lambat, anak i start berjalan umo setahun 2 bln, tp ikut step by step lah, sonok tgk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tgk anak kakak, dua org anak dia tak pernah naek walker...masa umur anak sulung tu dua tahun, budak2 umur 4,5 tahun nak kawan dgn dia..sbb anak sulung tu matured perangai. Adik dia skrg 10 bln pn tak naek walker jugak..biar lambat berjalan Pink, sbb dari apa yg sy baca..budak yg naek baby walker, perkembangan mental lambat sbnyk 10 bulan..uhhh..

      Delete
  2. setiap perkara tu pasti ada baik dan buruknya,perkongsian yang baik buat ibu-ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anajingga..moga bermanfaat yer :)

      Delete
  3. baby klu dok baby walker ni , kejap jer sepah satu rumah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer ke? Tp tak naek walker pn, bersepah jugak budak kecik ni maen..huhu

      Delete
  4. beshnyaaaa dia mandi kolam.. panas2 ni beshnyaa berkubang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sgt masuk air tu, lepas maen..terus tido..haha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet