Tips Pujuk Suami Merajuk

Selalu sgt suami merajuk? Haha..takder hal, itu tandanya suami seorang yang lembut hati dan penyayang. Suami lg suka merajuk sbb mereka taknak marahkan isteri yg disayangi, mengharapkan isteri dapat pujuk dan manjakan mereka. Bagus apa sbb itu juga tandanya suami bukan seorang yg panas baran.


Tapi kita pulak yg pening kepala nak pujuk? Jom baca tips berikut untuk pujuk hati encik abang yg tgh lara :P

1. Perkara plg penting, kena tau bila suami merajuk. Lelaki bila marah biasanya mereka akan diam, so kalau tiba2 suami diam dan menjauhkan diri dari korang contohnya masuk bilik tiba2 tu, fahamlah yg diorang tgh merajuklah tu. Jgn duduk diam, do sumthing. Lg cepat suami hilang rajuk, kan lg bagus.

2. Cara plg senang nak pujuk, follow diorang mana pergi..lepas tu peluk dari belakang. Jgn mintak maaf, tanya dulu kenapa dia tak sudi temankan korang tgk tv ke, makan ke..tanya dlm mood romantik, jgn jerkah2. Kang tak pasal2 lg kuat encik suami merajuk pulak.

3. Biasanya kalau suami lembut hati, diorang dah reda dah bila kena peluk..lepas tu mesti diorang gitau kecik hati pasal apa dgn korang kan? So, bolehlah nak mintak maaf kat suami lepas tu, kot nak best lg..salam2 cium tgn pun boleh :P

4. Tapi katakan suami tak makan pujuk, korang tinggalkan dulu suami dlm bilik..kasi masa untuk dia menyendiri dulu. Tutup pintu, pasang lampu tidur, kalau ada radio..pasang lagu romantik slow..hehe

5. Sambil tunggu suami reda tu, korang bolehlah masak makanan ringan yg ada dlm peti ais, karipap goreng ke, fries ke, keropok ke..buat air teh o jugak. Hidang siap2 atas dulang pastu bawak masuk bilik. Maybe suami korang fikir yg korang ni dah tebiat, tp abaikan jer. Gitau jer korang nak serve dia supper on bed.

6. Ha..mesti hati suami korang lembut dah lepas dapat layanan istimewa dr korang. Time tgh menyantap tu, buat2lah tanya apa salah silap yg korang dah buat, terlepas kata ke apa..suruh jer dia gitau semua. Konfirm lepas tu suami gitau reason dia merajuk time tu jugak.

7. Tapi kot cara kat atas pun tak jalan, elok jer nak hidang supper on bed..rupanya suami dah tidur. Takper, korang tidur sekali dgn suami tp sebelum tidur tu, tulis nota dlm kertas kecik. Tulislah puisi ke, sajak ke, nota cinta ke lepas tu letak dekat dgn tempat suami tidur. Time tidur tu, peluk jer suami..biasanya bangun tidur suami dah tak ingat pun yg dia merajuk tp kalau ada nota cinta time bangun tidur tu, mesti berbunga hati dia..

8. Last sekali kalau semua cara tak makan, korang buat reverse action..merajuk balik. Hehe..konfirm nnt suami pulak yg pening kepala nak pujuk korang.

Tips ni adalah dari idea sendiri, yg pernah buat no1-3 dgn no8, yg laen tak pernah buat pun lg. So kalau ada yg  dah buat no4 dan ke atas tu, bolehlah letak komen kat bawah ni samada korang berjaya pujuk ke tak..nak tau jugak..huhu

Yg plg penting, sentiasa ingat yg suami kita tu manusia biasa. Walaupun muka garang macam bonzer, badan tegap macam Jongkook tp lumrah untuk dimanja dan disayangi sentiasa ada macam kaum hawa jugak. Jadi, manjakanlah mereka dgn kasih sayang, layan suami macam raja kerana syurga isteri ada pada suami dan sentiasa borak macam kawan kerana isteri adalah kawan baek suami. 

Oh..lastly, tips ini hanya sesuai untuk suami yg berhati lembut sahaja. Yang panas baran..kena cari tips laen :)

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet