Kelebihan Susu Ibu kepada Bayi

Semalam bawak Auni check up utk 6 bln. Macam biasa pergi ke KKKB..

Refer buku merah, Auni kena inject utk hepatitis dos ke3..hopefully tak menangis walaupun mmg mustahil kalau tak nangis. Dah check, berat cuma naek 200gram..nurse suruh start kasi bubur nasi sbb berat naek sikit sgt. Sekarang, Auni cuma makan nestum dan biskut milna. Time kena cucuk, mmg Auni menangis..anak umi manja dgn airmata :)


Tp apa yg best, ni first time lepas kena cucuk..Auni tak demam. Biasanya dpt mild fever lepas kena cucuk tp kali ni, badan langsung tak panas. Fikir2, maybe sbb dia fully breastfeed skrg walaupun still kasi jugak susu formula utk bancuh dlm nestum. Kalau dulu, disebabkan suka menangis yg agak luarbiasa..mmg akan sumbat botol susu utk elakkan Auni menangis berterusan tp skrg Auni dah kurang menangis, itu yg stop kasi susu botol dan fully breastfeed.


Untung sebenarnya kasi susu ibu pd baby instead of kasi susu botol. Tak percaya? Beberapa kajian dah dijalankan dan dibawah adalah antara kebaikan breastfeed kpd baby.
  1. Kajian mendapati, baby yg breastfeed akan lebih pintar dan mempunyai hubungan erat dgn ibunya.
  2. Imun sistem baby jugak akan lebih kuat, maybe sbb tu Auni tak demam lepas kena inject.
  3. Breastfeed boleh bakar 500 kalori sehari..banyak tu.
  4. Mengurangkan risiko ibu mendpt penyakit spt kanser ovari dan payudara, jantung dan etc.
  5. Mempercepatkan proses pengecutan rahim dan melambatkan haid.
  6. Banyak boleh jimat kalau breastfeed. Nak tau kiraan macammana? Check this out..

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

~Kek Coklat Kukus Paling Senang~