Rumah Kecik Satu Bilik

Kenangan tinggal di rumah pertama selepas kahwin mmg selalu menggamit memori.

Maklumlah baru kahwin, duit tgh takder..kitorang pulak plan taknak lama sewa rumah, rugi..itu pasal sewa rumah kecik satu bilik RM280/bulan ni. Memikirkan kalau kat Terengganu ni standard harga rumah sewa RM400-RM500 sebulan untuk 3bilik nak lagi kat tgh bandar..sewa satu bilik pn, jadilah..


Walaupun kecik tp rumah ni comel, colourful sangat. Tuan rumah ada bela ayam, reban depan rumah..berbau bila hujan..busuklah sikit. Bilik tidur kecik jer, cuma boleh muat satu katil single, almari baju dgn sikit space untuk solat. Nak letak barang lain dah xmuat..masa mula kahwin, kitorang tdo atas tilam jer..katil kahwin tinggal kat kampung sbb xmuat masuk bilik.


Ruang tamu lebih kurang sama saiz dgn bilik. Disebabkan kecik sgt rumah, meja stadi kena bawak ke ruang tamu..kakak ipar dtg rumah, mintak notes2 yg bertampal kat stady board. Siap ajar cara buat mind map lg kat meja study tu. Sofa mmg xder sbb xmuat space nak letak, kawan2 dtg duk atas lantai jer. Bila dah duduk tu xboleh ramai2 pulak sbb sempit, boleh masuk dlm 8 orang bersesak2..haha. Comel jer macam sardin semua.


Pintu bilik air dah reput tp bilik air kat dalam cantek, tiles colourful..bilik air saiz panjang. Cuma ada sekali tu cacing pnjg duk lepak kat dinding, time tu mmg terkejut sgt sbb tak tahan nak terkucil. Menjeritlah pggil hubby..hubby masuk jer tgk..amek kau..lg kuat kot menjerit. Haha..masa duk kat rumah ni jugak baru tau yg hubby takut katak :)


Di sebabkan kat dapur jer ada space nak simpan barang, semua sumbat kat bawah tempat kabinet tu. Dengan tong gas, beg baju, baldi, sabun etc. Kat dapur ni lah kitorang belajar memasak sesama. Tp hubby dah pandai masak, wife blajar masak ngan internet..


Space ni bersambung dgn dapur, tempat letak iron board, peti dgn baju gantung. Kecik jer space tp Ma Shaa Allah..bahagia sgt. Rasa mcm nak beli rumah ni sbb kenangan yg tersimpan dlm rumah ni mmg xkan pudar..siap menangis2 masa nak pindah. Betapa hebatnya penangan rumah kecik satu bilik ni. Terima kasih tuan rumah yg baek sgt..Bak, Ma, Kakros ngan Abg Junaidi. Sob..sob..

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet