Petua Masuk Rumah Baru

Pengalaman pertama masuk rumah sendiri mmg mengujakan. Tiap2 hari lepas bayar deposit utk booking rumah, rutin kami adalah untuk pi survey progress pembinaan rumah. Masa booking, rumah dah 70% siap. So kami tak perlu tunggu lama utk masuk ke rumah baru, cuma dlm 4 bulan jer.

Tapi bila rumah dah siap, banyak benda yg memerlukan budget yg agak besar perlu disediakan. Antaranya yg plg utama, langsir sbb cermin tinted..waktu mlm, semua isi rumah boleh nampak dr luar. Selain tu, pintu dan tingkap perlu digrill bg mengelakkan dipecah masuk oleh budak nakal atau pencuri. Dua perkara ni adalah item wajib ada bg rumah baru yg nak diduduki.


Selain tu, alatan menyental dan membasuh seperti penyapu, water hos, penyapu air dan etc kena ada. Time nak duduk mesti kena basuh rumah dulu..basuh pulak plg kurang pun 3 kali untuk buang saki baki simen yg tertinggal. Biasanya basuhan yg pertama dan kedua tu tak dapat nak hilangkan debu putih yg ada pd lantai. 


Hubby siap beli bleaching liquid utk hilangkan kesan debu tp rasanya mcm tak berkesan. Akhirnya kami pakai Mr Muscle Kleen dan menyental sebanyak 4 kali..waduh..waduh..penat amat. Terima kasih pd hubby dan anggota kerahan tenaga laen yg dtg menolong sental rumah kami. TQ yer moksu, makmok dan Balkis comel :)


Sebelum tidur di rumah baru, seeloknya basuh rumah dgn air bacaan Yasin. Kalau tak ada air Yasin, baca surah al-Baqarah sampai habis masa masuk rumah. Kalau tak dapat buat jugak, azan sebanyak 3 kali di setiap penjuru rumah. In shaa Allah kalau ada makhluk yg menumpang dlm rumah, akan keluar. Macammana nak tau ada yg menumpang dlm rumah tak? Kalau tiba2 terdengar ada bunyi mcm guli dibaling dan etc walaupn xder org dirumah, mungkin ada yg menumpang tu...goosebumps...

Jangan takut..tak ada yg boleh menandingi kuasa Allah. Cuba buat mcm kat atas td yer..goodluck :)

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet