Pandan Laut Beach Resort, Merang

Hubby kena outsatstion di Merang..
So macam biasa, wife dan Auni mesti kena ikut sbb nanti abi mesti rindu kalau tak jumpa kitorang ;)
Dah pusing2 cari hotel, plan kitorang stay di Pandan Laut Beach Resort sbb harga under budget dan tempatnya yg unik dan menarik. Hubby amek bilik superior Senduduk RM120/day yg memuatkan 1 katil queen. Takdelah superb sgt bilik tp suasana damai tu yg kitorang nak. Suasana sejuk dgn angin sepoi2 bahasa tepi pantai dan tak panas sbb bnyk pokok..mmg menenangkan. Tapi kan lg best kalau ada wifi dgn breakfast, pasti next time kitorang singgah lg.




Mmg tenang stay di sini. Waktu subuh, kitorang dah bangun meredah pasir pantai yg tak jauh dr bilik..tengok sunrise. Di sini jugak ada disediakan bilik utk backpacker yg unik. Untuk survey harga dan tengok pic, boleh check website ni http://www.pandanlaut.com/. Pandan Laut Beach Resort ni disarankan bg sesiapa yg berhasrat nak jalan2 mencari ketenangan dan kedamaian jauh dari gangguan asap dan gajet :)

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet