Chicken Chop Paling Mudah

Pernah tak alami perasaan nak makan sgt makanan tu tp biler pi kedai, tggu punyerla lama..bila da dapat..makanan tu hampeh..xder rasa pun. Dekat seminggu mengidam nak makan chicken chop, nak pergi kedai yg sedap tu jauh plak. Last2 pegi kedai dekat jer, nama kedai Iskandar Bistro..

Masa mula2 sampai tanya ada chicken chop x? Yang si amek order masuk tanya tokey kot..keluar balik kata ada, so pesan 2 set chicken chop. Tunggu punyerla lama, tp sabar jer sbb menantikan chicken chop yg dah lama xmakan. Bila da dpt, makan ayam tu macam makan ayam segera beli kat giant..kuah pn cair jer, potong mood nak tgk bola..adui..

Disebabkan peristiwa tu..kami belajar buat chicken chop sendiri. Sekarang biler2 rasa nak makan, beli jer ayam, terus masak. Lg sedap dr Iskandar Bistro. Adik datang makan kat rumah pun kata best. Dah la senang nak prepare, sedap lak tu. Jom try buat ikut resepi ni.


First, buang semua tulang pada isi ayam. Basuh bersih2..saya buat tu dlm 4 bahagian ayam jer.


Letak setengah sudu besar serbuk lada hitam dan dua sudu besar sos tiram pada ayam td. Gaul sebati dan simpan dalam peti ais selama sejam. Kemudian masak dalam pemanggang ajaib. 


Xpayah guna minyak yer. Ambil ayam yang dah digaul tu, masuk dlm pemanggang, tutup penutup. Bila dah masak, baru angkat...jangan kering sgt masak tu..biar basah sikit. Dah siap!


Cara nak buat sos pulak..amek satu sudu besar sos cili, satu sudu besar sos tiram, setengah sudu besar serbuk lada hitam dan setengah sudu besar kicap manis masuk dalam periuk. Amek 1/4 sudu besar tepung gandum dan cairkan dlm sedikit air. Masuk dlm campuran td dan masak sekejap atas api. Kalau nampak pekat sgt, boleh tambah air masak sikit.


Bila dah siap, bolehla dihidangkan dengan fries dan salad :)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Cara Tanam Rumput Karpet