Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Bila dah masuk pindah rumah baru, semua benda kena buat sendiri..

Dulu, kalau nak tebuk lubang kat dinding rumah..cuma cari tukul dan paku. Terus ketuk dan siap untuk gantung barang atau sangkut cermin. Sekarang kena beli bosch dan skru untuk buat lubang. Bukan boleh main tebuk jer terutama kalau nak buat lubang pada jubin, bimbang calar dan rosak tempat laen. 

So, kalau nak tebuk dinding pada jubin..boleh follow step kitorang buat. Permukaan jubin yang licin menyukarkan proses menebuk lubang, sebab tu tape dan pensel diperlukan. 


Buat ukuran tempat yang ingin ditebuk terlebih dahulu. Kemudian letak tape seperti dalam gambar dan tanda pada tape bahagian yang ingin ditebuk. Tapi kena make sure jugak mata penebuk bosch yang sesuai digunakan untuk menebuk dinding simen. Kalau dinding kayu, kena pakai mata laen. 


Lepas tu tekan jer sampai jadi lubang dan siap! :)

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

~Kek Coklat Kukus Paling Senang~