Friday, 30 May 2014

Tips Pujuk Suami Merajuk

Selalu sgt suami merajuk? Haha..takder hal, itu tandanya suami seorang yang lembut hati dan penyayang. Suami lg suka merajuk sbb mereka taknak marahkan isteri yg disayangi, mengharapkan isteri dapat pujuk dan manjakan mereka. Bagus apa sbb itu juga tandanya suami bukan seorang yg panas baran.


Tapi kita pulak yg pening kepala nak pujuk? Jom baca tips berikut untuk pujuk hati encik abang yg tgh lara :P

1. Perkara plg penting, kena tau bila suami merajuk. Lelaki bila marah biasanya mereka akan diam, so kalau tiba2 suami diam dan menjauhkan diri dari korang contohnya masuk bilik tiba2 tu, fahamlah yg diorang tgh merajuklah tu. Jgn duduk diam, do sumthing. Lg cepat suami hilang rajuk, kan lg bagus.

2. Cara plg senang nak pujuk, follow diorang mana pergi..lepas tu peluk dari belakang. Jgn mintak maaf, tanya dulu kenapa dia tak sudi temankan korang tgk tv ke, makan ke..tanya dlm mood romantik, jgn jerkah2. Kang tak pasal2 lg kuat encik suami merajuk pulak.

3. Biasanya kalau suami lembut hati, diorang dah reda dah bila kena peluk..lepas tu mesti diorang gitau kecik hati pasal apa dgn korang kan? So, bolehlah nak mintak maaf kat suami lepas tu, kot nak best lg..salam2 cium tgn pun boleh :P

4. Tapi katakan suami tak makan pujuk, korang tinggalkan dulu suami dlm bilik..kasi masa untuk dia menyendiri dulu. Tutup pintu, pasang lampu tidur, kalau ada radio..pasang lagu romantik slow..hehe

5. Sambil tunggu suami reda tu, korang bolehlah masak makanan ringan yg ada dlm peti ais, karipap goreng ke, fries ke, keropok ke..buat air teh o jugak. Hidang siap2 atas dulang pastu bawak masuk bilik. Maybe suami korang fikir yg korang ni dah tebiat, tp abaikan jer. Gitau jer korang nak serve dia supper on bed.

6. Ha..mesti hati suami korang lembut dah lepas dapat layanan istimewa dr korang. Time tgh menyantap tu, buat2lah tanya apa salah silap yg korang dah buat, terlepas kata ke apa..suruh jer dia gitau semua. Konfirm lepas tu suami gitau reason dia merajuk time tu jugak.

7. Tapi kot cara kat atas pun tak jalan, elok jer nak hidang supper on bed..rupanya suami dah tidur. Takper, korang tidur sekali dgn suami tp sebelum tidur tu, tulis nota dlm kertas kecik. Tulislah puisi ke, sajak ke, nota cinta ke lepas tu letak dekat dgn tempat suami tidur. Time tidur tu, peluk jer suami..biasanya bangun tidur suami dah tak ingat pun yg dia merajuk tp kalau ada nota cinta time bangun tidur tu, mesti berbunga hati dia..

8. Last sekali kalau semua cara tak makan, korang buat reverse action..merajuk balik. Hehe..konfirm nnt suami pulak yg pening kepala nak pujuk korang.

Tips ni adalah dari idea sendiri, yg pernah buat no1-3 dgn no8, yg laen tak pernah buat pun lg. So kalau ada yg  dah buat no4 dan ke atas tu, bolehlah letak komen kat bawah ni samada korang berjaya pujuk ke tak..nak tau jugak..huhu

Yg plg penting, sentiasa ingat yg suami kita tu manusia biasa. Walaupun muka garang macam bonzer, badan tegap macam Jongkook tp lumrah untuk dimanja dan disayangi sentiasa ada macam kaum hawa jugak. Jadi, manjakanlah mereka dgn kasih sayang, layan suami macam raja kerana syurga isteri ada pada suami dan sentiasa borak macam kawan kerana isteri adalah kawan baek suami. 

Oh..lastly, tips ini hanya sesuai untuk suami yg berhati lembut sahaja. Yang panas baran..kena cari tips laen :)

Tuesday, 27 May 2014

Tips Ubati Luka Putus Cinta Akibat Pasangan Curang

Pernah putus cinta? Same goes to me..

Tapi itu dulu, skrg tgh bercinta lg dgn lelaki hensem kacak rupawan, encek suami yg macho bombastik. Entry ni ditulis sbb akan ada org yg nak pergi jauh lg dlm hidup ni, sedeh tau..teringat masa lepas putus cinta dulu, mmg hari2 nanges. Walaupun yg nak pergi ni bukan sbb curang, tp rasa sedeh macam dulu tu tetiba jer dtg..sob..sob..



Kali ni nak share tips ubati luka putus cinta akibat pasangan curang :0

1. Disebabkan pasangan korang curang, so just bear in mind..wasnt worth crying over him. Keep in mind, so setiap kali rasa nak nanges..ingat ayat tu. Sebab dia curang, mmg tak layak dan tak perlu nak nanges pasal dia pn.

2. Buat2 sibuk dgn macam2 aktiviti..tp jgn memancing dan menjahit pulak jd aktiviti lepas putus. Pilih aktiviti yg terlibat dgn ramai org..tempat yg hectic dan bising sikit.

3. Berubahlah jd playgirl. Bukan maksudnya wajib keluar dan couple dgn ramai lelaki, cuma jgn limitkan kawan lelaki anda. Tak perlu pun nak dating bagai, just kawan mcm biasa..msg ker, wasap ker, fb ker..kan semua ada skrg. Cuba kenal hati budi diorang, mana tau kot boleh jadi bakal suami..nak tips cari pasangan? Boleh refer sini.

4. Jangan simpan barang yg ada kenangan dgn ex contoh baju or tedi hadiah dari dia..buang jer, kalau tanak membazir boleh kasi kat org laen as a gift. Boleh dapat pahala lg tu.

5. Jangan lepak kat tempat kenangan korang, try cari tempat lepak baru. Contoh dulu selalu dating kat OU, skrg tukar lepak kat masjid negara ker.

6. Cari hobi baru..kumpul setem, tengok wayang tu old fashioned. Try tukar dgn main bungee jumping, parachute atau paragliding..lepas buat ni konfirm dah tak ingat kat kekasih lama :P..tp kalau rasa budget tight, boleh start bisnes, nak lg cepat jual insurans. Meet new people, new environment as well as gain extra money. Xpayah susah2 nak sedeh memanjang.

7. Unfriend fb dia pastu block, emel ke wasap pun delete jugak pastu tukar no fon baru..in case nak lg cepat keluar dari kongkongan kenangan lama..pindah rumah. Itupun kalau boleh pindahla..make sure jgn ada kontek langsung sbb masa ni masa tgh goyah, kalau ternampak sikit pun mst terus teringat kenangan lama..so nak selamat, pastikan delete semua!

8. Suruh mak cepat2 masuk meminang lelaki laen..hehe..tipu jer. Nak lg cepat lupa, serahkan diri pada Pencipta, Yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati manusia. Mohon supaya ditenangkan hati, jiwa, fikiran etc supaya dapat harungi masalah dgn tabah dan semoga akan datang seorang pengganti yg lebih baek dan ikhlas pada anda.

Hopefully anda akan bertemu lelaki yg terbaek yang akan mengambil anda sbg suri hidup dan hidup bahagia dunia akhirat..ameen.
All the best lah :-)

Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin


Hadiah : Cash RM30
Klik gambar untuk join
Goodluck everybody :)

Sunday, 25 May 2014

Tips Memilih Pasangan yang Ikhlas Dalam Masa Singkat

Belum punyai pasangan tapi anda berhajat nak kahwin dalam masa terdekat? Maknanya anda belum ada calon tapi rasa gatal2 badan nak kahwin cepat? Hehe..dont worry..saya dulu macam tu jugak :P 
 Saya berjaya bertunang dalam masa 3 bulan lepas putus cinta dan dgn yakinnya lg 3 bulan selepas itu kami berkahwin. Tak bazirkan masa walau sehari pun. 


Macammana nak cari lelaki terbaek? Check dis out:- 

 1. Jangan limitkan kawan lelaki anda. Walau pun ada tgh mengenali hati budi lelaki A, teruskan jugak mengenali lelaki B dan C hingga F. Jgn sesekali declare anda dan si A adalah pasangan..layan mereka sama level sahaja. Sound like a playgirl but u know urself better than other kan?

 2. Jangan berani sgt nak keluar berdua, sbb anda pun tak kenal rapat mereka..so kalau nak keluar, baek ajak member temankan. Tak pun jumpa jer kat masjid, jgn keluar dari kereta..jumpa tengok muka jer macam yg saya buat dulu :P

 3. Lelaki yg bnyk kasi hadiah, belum tentu terbaek, maybe sbb nak tackle jer. Dah dapat, lom sure dapat hadiah selalu macam awal2.

4. Lelaki yg rapat dgn mak jgn dilepaskan. Sikit2 citer pasal mak, sikit2 ngadu kat mak, selalu bawak mak jalan2..maknanya mereka tau syurga letak bawah kaki mak...pasti mereka akan tau menghargai isteri dan wanita.

 4. Kasi killer question dan nilaikan jawapan mereka. Contoh soalan..'saya ada adik yg sakit mental, parents dah pesan kalau pape jadik kat diorang..saya yg kena jaga adik. So, awak oke x?'. Dengar jawapan diorang, walaupun sebenarnya korang tipu jer, xder pun adik giler. Kalau macam diorang berat2 nak jawab tu..baek carilah lelaki laen.

 5. Tanya org yg kenal lelaki korang tgh kawan tu macammana perangai dia tp jgn sampai diorang tau. Maybe korang boleh tanya jiran sebelah rumah lelaki tu atau cikgu sekolah lama dia..

 6. Lelaki terbaek paling bagus dan perfect adalah lelaki yg faham agamanya dan mengapplikasikan ajaran agama dalam kehidupan dia. Maknanya walau pun dia miskin ker, tak pandai ker, huduh ker tp selagi dia amalkan ajaran agamanya, dia pasti akan jaga isterinya. Sebab menjaga pasangan termasuk dalam benda yg ditekankan dlm agama. So automatik dia akan jaga isterinya :)

 7. Buat checklist habit diorang yg korang tak boleh nak tahan, contohnya dia suka dengar radio kuat2 dlm kereta sambil dance shuffle sampai bergegar kereta..tulis banyak mana perangai mereka yg korang tak suka tu dan tanya diri sendiri 'boleh tak korang hidup dgn lelaki perangai macam tu seumur hidup?'. Kalau boleh, proceed jer.

 8. Macammana nak tau si dia yg terbaek? Lelaki itu dtg ke rumah dgn mak ayah, tu maksudnya mereka ikhlas dan serius nak kahwin dgn anda. Macammana anda nak pilih yg mana terbaek? Tanya Allah, dia Maha Mengetahui..istikharahlah. Walaupun kadang2 jawapan tak dtg direct lepas istikharah tp plg kurang Allah tahu anda dah tanya dia dan Allah pasti kasi yg terbaek.

Saturday, 24 May 2014

Giveaway Cantik Bersama HESTA Facial Treatment


klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit wajah boleh terjadi keatas diri anda. Ramai wanita di luar sana yang tidak sedar sebenarnya, mungkin termasuk diri anda sendiri. Untuk mendapatkan wajah yang cantik, bukanlah sesuatu yang mudah. Tak cukup dengan itu, untukMENGEKALKANNYA agar ianya mampu bertahan lama turut menjadi satu cabaran besar. Masalah-masalah yang biasa dihadapi :

  • Masalah jerawat dan parut jerawat mudah timbul
  • Masalah kulit kering, kasar & kusam
  • Masalah warna tona kulit tidak sekata
  • Masalah pori-pori terbuka
  • Masalah kurang keyakinan diri
  • Masalah kulit gelap & pigmentasi serta berjaragat
  • Masalah kelihatan kulit jauh lebih tua daripada usia

h4
Untuk mengatasi ke semua masalah di atas dan memastikan agar kulit wajah anda sentiasa cantik berseri, ada 4 pekara yang perlu anda ambil perhatian dan lakukan ….
1.Membersihkan Wajah
2.Menyegarkan Wajah
3.Melembapkan Wajah
4.Melindungi Wajah
HESTA® Facial Treatment Set
“Set Lengkap Rawatan & Penjagaan Kulit Wajah Yang TERBUKTI BERKESAN Serta Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!”
277 produk facial(Imej-imej di atas menunjukkan gambar sebenar produk Hesta Facial Treatment Set yang mengandungi 7 item dalam satu pakej)

Hesta Facial Treatment Set ini merupakan set rawatan wajah lengkap yang mampu 
  •  membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah anda serta terus mengekalkan kesan positif tersebut untuk jangka masa lebih panjang
  • Ia terdiri daripada 7 item dalam satu pakej yang kandungannya terdiri daripada sumber bahan-bahan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan rosemary, chamomile, olive oil, aloe vera serta diperkaya dengan anti-oksida
  • Ianya dijamin selamat dan suci bebas daripada sebarang kandungan bahan-bahan kosmetik aktif berbahaya seperti hidrokuinion & merkuri
  • Diformulasikan khas menggunakan teknologi kecantikan daripada Perancis (France) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga memang khas datangnya daripada France!
  • Fungsi utama Hesta Facial Treatment Set ini adalah memberikan rawatan dan melindungi kulit wajah anda daripada ancaman luaran seperti sinaran cahaya UV matahari berlebihan, debu, kotoran, suasana kering serta memulihkan kembali sel-sel dan tisu kulit wajah anda yang telah rosak
  • Dan yang menariknya, kesannya mampu anda mula lihat seawal sebaik sahaja anda selesai guna produk ini walaupun pada hari yang pertama! Dah ada bukti testomonial bagi menyokong kenyataan ini, nanti saya akan kongsikan bersama anda di bahagian bawah laman web ini
  • Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, dari normal sehinggalah yang mempunyai kulit berminyak
  • Kesimpulannya, produk set Hesta Facial Treatment ini lah penyelesaiannya kepada masalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi serta rawatan yang secukupnya. Ia merangkumi 4 aspek penting dalam penjagaan kulit wajah seperti yang ada saya konsgsian di atas tadi iaituMembersihMenyegarMelembap dan Melindungi kulit wajah anda dalam satu masa sekaligus!
20 Kelebihan HESTA Facial Treatment Set!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit yang normal
  • Menghilangkan masalah kulit kusam tidak bermaya
  • Menlenyapkan minyak berlebihan pada kulit anda bagi mengelakkan masalah jerawat
  • Bertindak merawat & memperbaiki sel-sel kulit wajah yang rosak dan kering
  • Membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit wajah yang baru dan sihat agar anda terus kelihatan kekal muda seterusnya melewatkan proses penuaan
  • Melindungi kulit wajah anda daripada masalah kekeringan
  • Bertindak merawat kegatalan kulit wajah akibat daripada masalah resdung
  • Bertindak mengatasi bintik-bintik hitam dan putih
  • Mengawal dan mengurangkan jerawat serta mengatasi kesan parut jerawat
  • Merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit wajah anda secara semulajadi
  • Mampu menegang dan menganjalkan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • Melindungi kulit dari sinaran UV berlebihan
  • Salah-satu item dalam set ini iaitu Pearl Sunblock Foundation yang lembut mampu membebaskan kulit wajah anda daripada berminyak yang mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Bertindak memudarkan dan menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan agar anda sentiasa kelihatan awet muda
  • Perbezaan & kesan positif boleh dilihat dengan hanya sekali rawatan!
  • Meningkatkan keupayaan serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit wajah
  • Mengekalkan wajah awet muda anda walaupun usia anda sudah lanjut
  • Menaikkan lagi seri wajah anda dengan sekali rawatan sahaja
TESTIMONIAL

blogger femes -- MAK DARA




481667_219791958155110_405911413_n
PROMOSI  HESTA!!!

Dapatkan 7 jenis produk dalam satu set dengan harga terhebat!
Cleansing gel
Cleansing milk
 Facial scrub
Aloe vera gel
Lighting soothing mask
Ph balancing toner
 Pearl sunblock foundation

HARGA SUPER HEBAT!
RM 169.90 250 450(Semenanjung) & RM199 (Sabah/Sarawak)

 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991


Wednesday, 21 May 2014

Kopitiam Famous di Kemaman

Kalau ke Kemaman, jgn lupa untuk singgah ke Sukiyang Coffee atau dulu dikenali sbg Kedai Kopi Hai Peng. Ini adalah tempat wajib singgah..kalau tak singgah mmg tak lengkaplah jalan2 kat Kemaman.


Best sgt ke Sukiyang ni? Entahlah..sy dan suami rasa kopi Sukiyang tu bukan selera kitorang sbb pekat dan pahit tp bg yg minat kopi rasanya menepati citarasa kot. First time singgah dan try di sana walaupun dah lama duduk Terengganu..hehe. Masa sampai kat kedai mmg ramai bersesak kat dalam kedai menikmati kopi, kitorang pun join sekali jugaklah.

Tapi bg kami kopi Wonda Coffe Mocha lg sedap sbb ada rasa coklat sikit..maybe sbb bukan peminat tegar kopi kot. Cuma bagi yg nak cari kedai famous di Kemaman, Sukiyang Coffee patut masuk dalam bucket list anda untuk dilawati.

Monday, 19 May 2014

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014




Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 dilancarkan buat julung kalinya. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

Hadiah :-

Perfume Sample Grade 5A
Dress
Custom Made T-Shirt Geek
Shawl
Mistery Gift
Collagen Lips Mask
Tudung Bawal
Topup

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 ditaja oleh [ DJH ] [ Rexylla ] [ Fatihah Fazlin ] [ Auni Sofea ] [ Rara Farhana ] [ Ana Solehah ] [ Ain ] [ Eryati ]
Jom memeriahkan Giveaway kali ini!!...

Sunday, 18 May 2014

Macammana Nak Kira Keuntungan Bagi Yang Breastfeed Baby?

Entry ini adalah sambungan kebaikan breastfeed, kalau nak baca yg part 1..silalah klik di sini yer. 

Kat bawah contoh pengiraan utk menunjukkan yg breastfeed ni mmg menjimatkan. Tp these two rough calculations are based on my knowledge and ideas jer. Maybe slightly differ from the actual price.


Calculation bg baby yg minum susu formula
  • Katakan harga bagi satu tin susu formula 400g adalah RM30 dan boleh tahan selama 2 minggu..jd, kos 2 tin bg stok sebulan adalah sebanyak RM60. Satu botol susu berharga RM10, jadi beli 3 botol utk simpanan berharga RM30. Harga bg berus pencuci botol adalah RM7. Jika berjalan jauh atau pulang ke kg, perlu ada bekas utk letak botol, tin susu dan etc. Anggaran harga bagi bekas adalah RM23. Jadi, kesemua sekali berjumlah RM120 utk kali pertama belian. 
  • Jika sebulan kos bg 2 tin susu formula adalah RM60,jadi..kos setahun susu formula adalah RM720. Tempoh maksimum baby perlu disusukan adalah selama 2 tahun..jd kos bg 2 tahun adalah sebanyak RM1440.
  • Selain itu, alatan botol baby sebaiknya ditukar bagi setiap 6 bulan. Jadi untuk 6 bulan seterusnya perlu keluarkan RM30 untuk beli botol susu baru.


Calculation bg baby yg breastfeed

  • Tak perlu beli botol susu, susu free..jimat.
  • Kena beli baju menyusu, katakan blouse menyusu sehelai RM50. Setiap 2 bulan beli sehelai..setahun kos RM300 dpt 6 helai blouse menyusu. Koleksi baju bertambah, kalau nak lg jimat boleh beli baju 2 in 1..boleh guna utk menyusu dan semasa mengandung mcm kat page https://www.facebook.com/pages/Nursing-and-Maternity-Wear/778857198815895. Boleh pakai masa mengandung dgn menyusu lg. Jimat sangat..
  • Bra menyusu kena ada. Sehelai RM20..setahun beli 6 helai baru RM120. Koleksi bra pun bertambah. Tak perlu tukar selalu. Kalau rasa dah bosan baru tukar, nak pakai sampai anak ke5 pun boleh.
  • Tak perlu leceh2 nak bawak balik bekas letak botol dan etc. Cuma bawak badan jer, biler2 baby menangis..boleh breastfeed. Kalau nak jimat boleh sangat kan :)

Untuk ibu yg bekerja mungkin rasa susah nak breastfeed baby mereka. Tp fikirkan kebaikan yg boleh baby dpt dr susu anda..bnyk pam susu elektrik dijual di kedai skrg. Katakan satu pam RM500 dan bekas simpan botol susu dlm RM20. Jadi modal awal dan akhir hanya RM520. Berbaloi sgt sbb pam susu tu boleh guna lama, baby pun dpt minuman berkhasiat.

Sebaiknya breastfeed baby hanya selama 2 tahun shj. Kajian mendapati baby gurl yg breastfeed lbh dr 2 tahun akan mempunyai masalah kurang keyakinan diri manakala bg baby boy pula, rangsangan seks mereka telah terbina seawal usia 2 tahun. Jadi, sebaiknya breastfeed selama 2 tahun sahaja yer :)

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz



Credit to: Karimah Zulkafali 

No instagram and tweeter account
If u are interested to join, click on the photo for details :)

Saturday, 17 May 2014

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz
Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai sembilan pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!

Wednesday, 14 May 2014

Pasang Bidai Tingkap Guna Cabletight

Haha..entry kali ni macam sempoi jer. Pernah ke orang buat pasang bidai tingkap guna cabletight? Kurang2 pun guna paku dgn tukul..tp hubby pasang bidai guna cabletight, jimat duit ke apa ni? :0


Cerita sebenarnya camni, kitorang dah lama survey bidai untuk letak kat tingkap dapur tp yg selalu terjumpa harga RM100 ke atas..tu yg bertahan dulu. Tapi aritu time masuk jalan2 dalam satu kedai ni, terjumpa bidai yg murah sgt..apalagi, terus rembat dua.

Balik rumah, siap2 bukak nak pasang. Macam biasa bukak utube cari tutorial cara pasang bidai..semua brg dah siap dgn bosch, clear dapur semua tp ada masalah pulak. Pemegang bidai ni kena tebuk menghadap ke atas yer? Igtkan tebuk kat dinding jer..jarak tingkap ke siling dlm 4kaki jugak..kena tebuk siling ke? Nak tebuk kat kayu tingkap tak boleh sbb dah kena grill..so how?


Nasib baek sebelum ni dah pasang rel langsir dekat tingkap tu..so hubby came out with a good idea. Ikat pemegang bidai pada rel langsir guna cabletight. Brilliant idea jugak tu sbb barang dah ada, dapur dah clear..kalau tak buat skrg, sia2 jer kena kemas dapur nnt.






 Dah siap tp ternampak lebihan cabletight kat atas tu..takper, nnt gunting. Walaupun pakai cabletight tp nampak comel jugak..yg plg penting boleh elak dr kena intai waktu mlm.


Tapi betul ke cara pasang bidai kena start dr siling? Macam tak logik jer..hubby kata guna cabletight ni untuk sementara jer tp kalau pakai lama pun takper. Oke jer macamni :)

Tuesday, 13 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Tips Bercuti ke Pulau

First time nak ke pulau? Mesti excited kan?

Kali pertama sy ke pulau pd 2012, honeymoon di Pulau Redang. Kali kedua tahun 2014 ke Pulau Langkawi untuk celebrate anniversary ke2. In shaa Allah tahun depan nak tukar mood..try naek gunung pulak. Di sini sy kongsikan beberapa perkara yg perlu diambil perhatian sebelum bercuti ke pulau..


Persiapan masa packing baju
  • Tak payah bawak baju banyak sgt, sbb kat pulau nnt mst nak beli baju sbg souvenier utk diri sendiri jugak kan..
  • Kalau pulau yg nak pergi tu bnyk buat aktiviti masuk laut mcm snorkel atau mandi manda, bawaklah bnyk baju untuk mandi..seeloknya yg berwarna gelap. Kalau nak pi Pulau Langkawi, bawak byk baju jalan2 pun takper sbb kat sana mst banyak nak bershopping dan berjalan.
  • Kalau pergi pulau ikut tour guide, pastikan jadual aktiviti diprint out dan bawak sekali. Senang nak follow supaya tak terlepas aktiviti.
  • Bawak sunscreen dan lotion badan. Sunscreen dgn SPF>30 dan waterproof adalah terbaek..lepas mandi sapu lotion pelembap badan utk elakkan dehidrat.
  • Bagi yg ada masalah cepat pening time naek feri, dicadangkan bawak ubat tahan muntah atau asam. Boleh makan sebelum naek feri.
  • Selipar jepun, rayban atau topi halang panas boleh bawak. Kalau nak beli kat pulau pun boleh sbg kenangan.
  • Kalau budget shopping dlm RM2000, bawak bnyk tu jer..jgn bawak lebih sbb takut tak dpt nak kawal nafsu masa shopping.
  • Pastikan tiket feri, bot, parking atau bilik dah simpan dlm wallet.
  • Basic things macam berus gigi, sikat dan etc.

Rasanya tu jer dulu kot buat masa ni..semoga cuti anda awesome macam cuti kami yer :)

Monday, 12 May 2014

Pandan Laut Beach Resort, Merang

Hubby kena outsatstion di Merang..
So macam biasa, wife dan Auni mesti kena ikut sbb nanti abi mesti rindu kalau tak jumpa kitorang ;)
Dah pusing2 cari hotel, plan kitorang stay di Pandan Laut Beach Resort sbb harga under budget dan tempatnya yg unik dan menarik. Hubby amek bilik superior Senduduk RM120/day yg memuatkan 1 katil queen. Takdelah superb sgt bilik tp suasana damai tu yg kitorang nak. Suasana sejuk dgn angin sepoi2 bahasa tepi pantai dan tak panas sbb bnyk pokok..mmg menenangkan. Tapi kan lg best kalau ada wifi dgn breakfast, pasti next time kitorang singgah lg.




Mmg tenang stay di sini. Waktu subuh, kitorang dah bangun meredah pasir pantai yg tak jauh dr bilik..tengok sunrise. Di sini jugak ada disediakan bilik utk backpacker yg unik. Untuk survey harga dan tengok pic, boleh check website ni http://www.pandanlaut.com/. Pandan Laut Beach Resort ni disarankan bg sesiapa yg berhasrat nak jalan2 mencari ketenangan dan kedamaian jauh dari gangguan asap dan gajet :)

Kelebihan Susu Ibu kepada Bayi

Semalam bawak Auni check up utk 6 bln. Macam biasa pergi ke KKKB..

Refer buku merah, Auni kena inject utk hepatitis dos ke3..hopefully tak menangis walaupun mmg mustahil kalau tak nangis. Dah check, berat cuma naek 200gram..nurse suruh start kasi bubur nasi sbb berat naek sikit sgt. Sekarang, Auni cuma makan nestum dan biskut milna. Time kena cucuk, mmg Auni menangis..anak umi manja dgn airmata :)


Tp apa yg best, ni first time lepas kena cucuk..Auni tak demam. Biasanya dpt mild fever lepas kena cucuk tp kali ni, badan langsung tak panas. Fikir2, maybe sbb dia fully breastfeed skrg walaupun still kasi jugak susu formula utk bancuh dlm nestum. Kalau dulu, disebabkan suka menangis yg agak luarbiasa..mmg akan sumbat botol susu utk elakkan Auni menangis berterusan tp skrg Auni dah kurang menangis, itu yg stop kasi susu botol dan fully breastfeed.


Untung sebenarnya kasi susu ibu pd baby instead of kasi susu botol. Tak percaya? Beberapa kajian dah dijalankan dan dibawah adalah antara kebaikan breastfeed kpd baby.
  1. Kajian mendapati, baby yg breastfeed akan lebih pintar dan mempunyai hubungan erat dgn ibunya.
  2. Imun sistem baby jugak akan lebih kuat, maybe sbb tu Auni tak demam lepas kena inject.
  3. Breastfeed boleh bakar 500 kalori sehari..banyak tu.
  4. Mengurangkan risiko ibu mendpt penyakit spt kanser ovari dan payudara, jantung dan etc.
  5. Mempercepatkan proses pengecutan rahim dan melambatkan haid.
  6. Banyak boleh jimat kalau breastfeed. Nak tau kiraan macammana? Check this out..

Sunday, 11 May 2014

Petua Masuk Rumah Baru

Pengalaman pertama masuk rumah sendiri mmg mengujakan. Tiap2 hari lepas bayar deposit utk booking rumah, rutin kami adalah untuk pi survey progress pembinaan rumah. Masa booking, rumah dah 70% siap. So kami tak perlu tunggu lama utk masuk ke rumah baru, cuma dlm 4 bulan jer.

Tapi bila rumah dah siap, banyak benda yg memerlukan budget yg agak besar perlu disediakan. Antaranya yg plg utama, langsir sbb cermin tinted..waktu mlm, semua isi rumah boleh nampak dr luar. Selain tu, pintu dan tingkap perlu digrill bg mengelakkan dipecah masuk oleh budak nakal atau pencuri. Dua perkara ni adalah item wajib ada bg rumah baru yg nak diduduki.


Selain tu, alatan menyental dan membasuh seperti penyapu, water hos, penyapu air dan etc kena ada. Time nak duduk mesti kena basuh rumah dulu..basuh pulak plg kurang pun 3 kali untuk buang saki baki simen yg tertinggal. Biasanya basuhan yg pertama dan kedua tu tak dapat nak hilangkan debu putih yg ada pd lantai. 


Hubby siap beli bleaching liquid utk hilangkan kesan debu tp rasanya mcm tak berkesan. Akhirnya kami pakai Mr Muscle Kleen dan menyental sebanyak 4 kali..waduh..waduh..penat amat. Terima kasih pd hubby dan anggota kerahan tenaga laen yg dtg menolong sental rumah kami. TQ yer moksu, makmok dan Balkis comel :)


Sebelum tidur di rumah baru, seeloknya basuh rumah dgn air bacaan Yasin. Kalau tak ada air Yasin, baca surah al-Baqarah sampai habis masa masuk rumah. Kalau tak dapat buat jugak, azan sebanyak 3 kali di setiap penjuru rumah. In shaa Allah kalau ada makhluk yg menumpang dlm rumah, akan keluar. Macammana nak tau ada yg menumpang dlm rumah tak? Kalau tiba2 terdengar ada bunyi mcm guli dibaling dan etc walaupn xder org dirumah, mungkin ada yg menumpang tu...goosebumps...

Jangan takut..tak ada yg boleh menandingi kuasa Allah. Cuba buat mcm kat atas td yer..goodluck :)

Warkah Buat Isteri

Semalam hubby call dr opis. Macam biasa, igt call nak tanya khabar jer tp tetiba kasi ayat jiwang. Ayat lbh kurang bunyi mcm ni 

'tak ada perkataan atau tulisan yg dpt gambarkan rasa sayang abg pd syg'. 

First dengar rasa mcm salah dengar kot..suruh ulang lg sekali. Hubby cakap plak..'eh jap abang cari balik'. Haha..sah2 copy paste. Mmg pelik kot hubby boleh cakap camtu sbb mmg dia xreti buat ayat jiwang ni. Hubby cover line cakap nnt balik keje, dia kasi surprise. Ptg dah sampai umah, suami pass satu parcel kata hadiah. Ehem..ehem..saspen ni nak buka. Pegang rasa macam buku jer..


Bila bukak mmg ada buku. Suami kasi review sikit pasal buku..katanya..'sedeh cerita ni sayang, abg baca dr blog dia pastu rasa mcm sedeh jer. Beli untuk syg, utk syg baca. Wife dia koma 2 tahun, sanggup dia berenti kejer. Bla..bla..'. 


Belum start baca lg tp dr komen org dan suami rasanya mmg best kot. Sesiapa yg nak baca free tanpa membeli, boleh baca kat blog tuan rumah http://abil4fauziah.blogspot.com/. Maybe ada adegan nanges2 bila start baca nnt sbb cerita ni mmg kisah benar yg jadi. Arini plan buat kerja rumah sambil baca Warkah Buat Isteri dr suamiku yg chubby :)

Balik mlm tu masa dinner kat kedai, mintak hubby ucap balik ayat jiwang tu. Tp dia tak ingat plak. Hampeh..nampak sgt tak ikhlas dari hati.

Wednesday, 7 May 2014

Cara Tebuk Lubang Pada Jubin

Bila dah masuk pindah rumah baru, semua benda kena buat sendiri..

Dulu, kalau nak tebuk lubang kat dinding rumah..cuma cari tukul dan paku. Terus ketuk dan siap untuk gantung barang atau sangkut cermin. Sekarang kena beli bosch dan skru untuk buat lubang. Bukan boleh main tebuk jer terutama kalau nak buat lubang pada jubin, bimbang calar dan rosak tempat laen. 

So, kalau nak tebuk dinding pada jubin..boleh follow step kitorang buat. Permukaan jubin yang licin menyukarkan proses menebuk lubang, sebab tu tape dan pensel diperlukan. 


Buat ukuran tempat yang ingin ditebuk terlebih dahulu. Kemudian letak tape seperti dalam gambar dan tanda pada tape bahagian yang ingin ditebuk. Tapi kena make sure jugak mata penebuk bosch yang sesuai digunakan untuk menebuk dinding simen. Kalau dinding kayu, kena pakai mata laen. 


Lepas tu tekan jer sampai jadi lubang dan siap! :)

Tuesday, 6 May 2014

Chicken Chop Paling Mudah

Pernah tak alami perasaan nak makan sgt makanan tu tp biler pi kedai, tggu punyerla lama..bila da dapat..makanan tu hampeh..xder rasa pun. Dekat seminggu mengidam nak makan chicken chop, nak pergi kedai yg sedap tu jauh plak. Last2 pegi kedai dekat jer, nama kedai Iskandar Bistro..

Masa mula2 sampai tanya ada chicken chop x? Yang si amek order masuk tanya tokey kot..keluar balik kata ada, so pesan 2 set chicken chop. Tunggu punyerla lama, tp sabar jer sbb menantikan chicken chop yg dah lama xmakan. Bila da dpt, makan ayam tu macam makan ayam segera beli kat giant..kuah pn cair jer, potong mood nak tgk bola..adui..

Disebabkan peristiwa tu..kami belajar buat chicken chop sendiri. Sekarang biler2 rasa nak makan, beli jer ayam, terus masak. Lg sedap dr Iskandar Bistro. Adik datang makan kat rumah pun kata best. Dah la senang nak prepare, sedap lak tu. Jom try buat ikut resepi ni.


First, buang semua tulang pada isi ayam. Basuh bersih2..saya buat tu dlm 4 bahagian ayam jer.


Letak setengah sudu besar serbuk lada hitam dan dua sudu besar sos tiram pada ayam td. Gaul sebati dan simpan dalam peti ais selama sejam. Kemudian masak dalam pemanggang ajaib. 


Xpayah guna minyak yer. Ambil ayam yang dah digaul tu, masuk dlm pemanggang, tutup penutup. Bila dah masak, baru angkat...jangan kering sgt masak tu..biar basah sikit. Dah siap!


Cara nak buat sos pulak..amek satu sudu besar sos cili, satu sudu besar sos tiram, setengah sudu besar serbuk lada hitam dan setengah sudu besar kicap manis masuk dalam periuk. Amek 1/4 sudu besar tepung gandum dan cairkan dlm sedikit air. Masuk dlm campuran td dan masak sekejap atas api. Kalau nampak pekat sgt, boleh tambah air masak sikit.


Bila dah siap, bolehla dihidangkan dengan fries dan salad :)


Segmen Blogwalking by MissKepeng